Siakap Keli
E-tunai rm100 rakyat
Gambar: Bernama

Kerajaan Tawar Kredit E-Tunai RM100  Kepada Rakyat Berpendapatan RM100,000 Setahun & Ke Bawah 

Kerajaan Tawar Kredit E-Tunai RM100  Kepada Rakyat Berpendapatan RM100,000 Setahun & Ke Bawah 

KUALA LUMPUR — Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM 100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam satu ucapan perasmian Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat pada pagi ini.

“Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM 1 bilion,” maklum Anwar.

Jelasnya, ia melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

Sementara itu, Menteri Kewangan itu juga menambah kerajaan bakal memberikan peruntukan RM400 juta untuk pinjaman mikro di bawah agensi termasuk SME Corp, Tekun MARA dan Teraju.

“Ia bagi mendukung peluang keusahawanan, program latihan dan pembiayaan akan dipergiatkan untuk golongan sasar, termasuk wanita dan belia,” katanya lagi.

Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat merupakan wadah mengangkat semula darjat dan martabat negara ini dengan menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara.

BACA JUGA: 200,000 Penerima STR Terima RM600 SARa Mulai Isnin – PM Anwar

Rencana ini bagi memberi limpahan hasil kepada rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

Rencana di bawa Kerajaan Perpaduan ini juga membincangkan isu-isu jangka panjang terkait daya saing dan daya tarikan negara sebagai destinasi pelaburan.

Selain itu, isu-isu semasa yang perlu segera ditangani seperti kenaikan kos sara hidup yang mengesankan rakyat.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu akan mengumumkan beberapa imbuhan tetap kepada penjawat awam dalam tempoh seminggu dua lagi, lapor Bernama.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau akan mempengerusikan mesyuarat pengurusan pertama pelarasan skim gaji itu minggu depan.

“Saya fikir pendekatan lama skim pelarasan gaji perlu dirombak, tunggu pengumuman dan sedikit penyesuaian dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Cakna MADANI Bersama Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pendidikan di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Sumber: Jabatan Perdana Menteri 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.