Siakap Keli
mas ermieyati puting beliung masjid tanah
Kredit: Facebook

Batang Besi & Zink Berterbangan, Viral Kejadian Angin Kuat Seakan Puting Beliung Di Masjid Tanah

Batang Besi & Zink Berterbangan, Viral Kejadian Angin Kuat Seakan Puting Beliung Di Masjid Tanah

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin sebentar tadi berkongsi beberapa klip video kejadian angin kuat yang melanda beberapa kawasan di Masjid Tanah.

Perkongsian berkenaan dibuat menerusi akaun Facebook tokoh politik tempatan itu.

Menurutnya, beliau mendapat perkhabaran mengenai kejadian itu menerusi satu mesej daripada Haji Abdul Razak ketika dalam perjalanan ke Kuala Linggi, pagi tadi

Jelasnya, kejadian angin kuat tersebut berlaku di Kampung Balik Batu berdekatan dengan rumah Haji Abdul Razak.

“Allahuakbar. Dugaan hari Jumaat. Kebetulan saya dalam perjalanan hendak ke Kuala Linggi pagi ini.

“Dapat mesej daripada Haji Abdul Razak. Berlaku kejadian puting beliung di Kg Balik Batu sekejap tadi. Betul-betul di sebelah rumahnya,” jelasnya.

Dalam klip yang berdurasi 28 saat, video tersebut memaparkan beberapa struktur besi, dipercayai dari laman rumah telah dibawa terbang ke ruang udara.

Sepanjang video tersebut dimainkan, beberapa objek logam pelbagai saiz kelihatan diterbangkan dan berlegar-legar di udara.

Seterusnya, keadaan hampir serupa dipaparkan dalam sebuah video lain yang berdurasi 40 saat. Namun, objek-obek yang berlegaran di ruang udara itu didapati jatuh ke daratan dan menghasilkan bunyi hempasan yang agak kuat.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati turut berkongsi keadaan beberapa buah rumah yang dipercayai menjadi mangsa kejadian ribut kuat itu.

Menerusi gambar-gambar berkenaan, serpihan atap zink yang dipercayai telah diterbangkan puting beliung itu telah terhempas pada rumah dan kenderaan milik orang awam.

https://www.facebook.com/emysamsudin/posts/6936831529684958/?vh=e&extid=MSG-UNK-UNK-UNK-IOS_GK0T-GK1C

Rata-rata, pengguna Facebook merasa terkesima dengan hantaran yang dimuatnaik oleh Mas Ermieyati. Mereka turut menitipkan doa agar urusan mangsa kejadian ribut berkenaan dipermudahkan.

BACA: Ramai Alpa, Rupanya Ini Maksud, Fungsi & Cara Nak Guna Trip A & Trip B Pada Meter Kereta

Sumber: Mas Ermieyati Samsudin via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.