Siakap Keli
Rasa Sedap Dan Lazat, Akhirnya MILO Rungkai Misteri Di Sebalik Minuman 'Lejen'
Kredit: MILO

Berapa Sudu Nak Letak? MILO ‘Pecah’ Rahsia Macam Mana Nak Bancuh Secawan MILO Sempurna

Berapa Sudu Nak Letak? MILO ‘Pecah’ Rahsia Macam Mana Nak Bancuh Secawan MILO Sempurna

Selalu kita mendengar, di negara-negara tertentu, minuman yang menjadi pilihan penduduknya seringkali sama ada kopi ataupun teh.

Berbeza di Malaysia, uniknya negara ini selain teh dan kopi, ramai daripada kita sebenarnya turut menjadi pencinta minuman lejen, MILO.

Salah satu alasannya kerana MILO begitu dekat dengan kita semua sejak kecil lagi sehinggakan minuman ini menjadi sebahagian daripada memori zaman kanak-kanak.

Bayangkan, sarapan tanpa air MILO suatu ketika dahulu, mungkin ada anak-anak yang tidak mahu ke sekolah.

Ketika di bangku sekolah pula, trak MILO merupakan kenderaan yang sering dinantikan ketika adanya acara-acara tertentu.

Rasa MILO daripada trak tidak dapat diungkapkan melalui kata-kata kerana kelazatannya membuatkan kita mahukannya lagi dan lagi.

Misteri disebalik minuman MILO yang agak ‘lejen’ ini masih menjadi persoalan terbesar dalam kalangan rakyat Malaysia yang meminatinya.

Susulan itu, MILO telah melancarkan Trak Imersif 360° MILO Goodness yang pertama di dunia yang mana, bertujuan untuk mendidik masyarakat mengenai kebaikan bahan-bahan semula jadi yang terdapat di dalam minuman MILO.

minuman milo
Kredit: MILO

“Sebagai sebuah jenama yang amat dihargai oleh rakyat Malaysia sejak 70 tahun dahulu, saya begitu teruja untuk membawa misi ini ke jalanan melalui jelajah Trak MILO® Goodness yang akan menjawab soalan paling utama – Bagaimanakah MILO dihasilkan?

“Melalui inisiatif ikonik ini, kami membawa khasiat, kegembiraan, dan tenaga kepada setiap komuniti dengan seteguk MILO pada satu masa,” kata Juan Aranols.

Juan Aranols adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nestlé (Malaysia) Berhad.

Siakap Keli (SK) juga turut diberikan peluang untuk berada bersama-sama merungkai misteri di sebalik penghasilan secawan MILO yang sempurna.

Untuk itu, SK hadir ke kilan MILO terbesar di dunia yang terletak di Kawasan Perindustrian Chembong, Rembau.  Di sini, SK dan pengunjung-pengunjung yang diberikan peluang untuk menaiki Trak MILO Goodness.

Di dalamnya, pengunjung telah diberikan pengalaman imersif secara 360° sepenuhnya.

“Penggunaan unjuran digital, cahaya atmosfera, dan efek bunyi-bunyian merenjat setiap deria yang ada lantas membawa pengunjung ke dalam dunia MILO,” jelas MILO.

minuman milo
Kredit: MILO

Menerusi perkongsian tersebut, kita dapat mengetahui bahawa MILO diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti seperti barli malt, susu dan koko.

Selain itu, minuman ini turut mengandungi enam vitamin iaitu, Vitamin B2, B3, B6, B12, C & D. Tidak cukup dengan itu, minuman kegemaran ini turut mengandungi tiga jenis mineral yang berbeza iaitu, kalsium, zat besi dan kalium.

Zat-zat nutrisi ini sangat-sangat diperlukan dalam tubuh badan bagi memastikan kita sering bertenaga mampu melangkah lebih jauh.

Seterusnya, SK berpulang untuk ‘merisik’ berkenaan resepi ideal bagi menghasilkan minuman malt coklat yang begitu lazat.

Kata MILO, terdapat dua variasi untuk menghasilkan minuman MILO yang lazat. Bagi variasi yang pertama, khas untuk penggemar MILO ‘kaw’, anda perlu meletakkan enam sudu teh (30 gram) MILO ke dalam cawan dan bancuh bersama 200 mililiter (ml) air panas (80 darjah Celsius).

Jika anda lebih gemar variasi yang lebih berkrim, anda boleh campurkan dua sudu krimer ke dalam campuran tadi. Anda boleh memilih beberapa bahan untuk dijadikan sebagai krimer seperti susu segar, susu pekat manis atau susu sejat, bergantung pada citarasa anda.

Sungguhpun begitu, rakyat Malaysia masih boleh ‘mencipta’ resepi minuman MILO tersendiri mengikut daya kreatif dan kesukaan masing-masing.

Akhir sekali, minuman MILO telah memenuhi semua kriteria di bawah peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilabelkan sebagai minuman berkhasiat.

Kredit: MILO

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai MILO, anda boleh melayari sila layari laman web MILO atau kunjungi laman web rasmi dan Facebook Nestlé bagi keterangan lanjut.

BACA: Pakailah Sabun Warna Apa Pun, Buih Tetap Warna Putih, Kenapa? Ini Jawapannya

Sumber: MILO

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.