Siakap Keli
Ikan jerung bertelur
Kredit AFP, Helen O'Neill

Betul Ke Ikan Jerung Bertelur? Ketahui Fakta Yang Sebenarnya

Betul Ke Ikan Jerung Bertelur? Ketahui Fakta Yang Sebenarnya 

Pelbagai jenis haiwan di dunia ini yang membiak dengan bertelur. Pembiakan ini dapat membantu untuk melindungi dan menyediakan zuriat atau pewaris spesies semasa mereka sedang berkembang.

Terdapat lebih 500 spesies jerung yang hidup di perairan di seluruh dunia dan majoritinya melahirkan anak. Selebihnya pula adalah sejenis ovipar, yang bermakna bahawa mereka membiak dengan cara bertelur.

Jerung dan ikan pari ialah ikan yang mempunyai rangka daripada rawan. Dua jenis hidupan laut ini berada dalam kumpulan Chondrichthyes.

Telur adalah kapsul yang mengandungi haiwan yang sedang berkembang dan kuning telur tersebut adalah sumber nutrisi kepada haiwan tersebut.

Kredit Flickr

Sebiji kapsul telur biasanya akan menempatkan satu embrio, tetapi dalam sesetengah spesies terdapat berbilang embrio dalam sebiji telur.

Sesetengah telur mempunyai sulur panjang yang membantu mereka untuk melekat pada rumpai laut atau dasar laut yang berbatu. Ini mengurangkan kemungkinan telur itu dihanyutkan oleh arus laut.

Kredit Shutterstock

Jika telur tersebut terdampar di pantai, anda mungkin boleh mengetahui spesies asalnya berdasarkan saiz dan bentuknya.

Secara amnya, telur ikan jerung mempunyai sulur kerinting di hujungnya atau dilitupi dengan gentian. Manakala telur pari biasanya lebih bersegi dengan tanduk yang menonjol di sudut.

Jerung bullhead menghasilkan telur yang berbentuk lingkaran atau cockscrew.

Terdapat lebih banyak spesies jerung viviparous yang beranak berbanding jerung yang bertelur. Tetapi di seluruh lautan Bumi, viviparity berlaku dalam pebagai bentuk.

Whale sharks (Rhincodon typus) adalah spesies jerung terbesar di dunia. Walaupun jerung ini menghasilkan telur, namun telur tersebut tidak dikeluarkan dan dibiarkan di dasar lautan.

Sebaliknya, anak jerung akan menetas semasa masih dalam badan jerung betina dan kemudiannya akan dilahirkan sebagai ikan jerung kecil. Proses ini dikenali sebagai ovovivparity.

Kredit ABC Radio Hobart: Zoe Kean

Pada tahun 1996, sebuah kertas kerja telah mendokumentasikan kes jerung paus yang digelar ‘megamamma’.

Haiwan itu, yang berada di luar pantai Taiwan didapati membawa kira-kira 300 embrio. Banyak anak jerung yang telah menetas dari telur mereka bersedia untuk dilepaskan ke lautan.

Dalam sesetengah spesis, betina akan menghasilkan telur yang tidak disenyawakan. Telur itu kemudiannya akan dimakan oleh embrio. Proses ini dikenali sebagai oophagy (makan telur) dan berlaku dalam spesis mako sirip pendek (Isurus oxyrichus) dan jerung mata besar (Alopias superciliosus).

Embrio jerung yang lain boleh bertahan dengan memakan adik-beradik mereka yang lebih kecil. Ini dipanggil sebagai kanibalisme intrauterin atau kadangkala sebagai embryophagy (pemakan embrio).

Vivi pariti plasenta berlaku pada sesetengah spesis jerung, di mana apabila kantung kuning telur sudah habis, ia kemudiannya akan melekat pada dinding rahim.

Kredit Wikimedia Commons

Jerung muda tersebut akan mendapat nutrisi melalui pautan berkenaan. Jerung Hammerhead,  jerung biru dan jerung limau semuanya menghasilkan anak dengan cara seperti mamalia ini.

https://www.facebook.com/watch/?v=6915958078424916

Sumber: Natural History Museum

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: