Masak Sendiri Lagi Puas, Ini Resepi Mudah Buat Jalapeno Poppers
Jalapeno Poppers, mungkin sesetengah orang masih belum mengetahui makanan ini. Bagi penggemar pedas dan keju, anda perlu mencuba resepi ini. Pastinya ia dapat memikat perut anda.
Selain itu, resepi ini tidak menggunakan banyak modal dan sesuai dimakan pada bila-bila masa kerana ia boleh disimpan di dalam tempat beku sebelum digoreng.
Sehubungan itu, hari ini pihak SK akan berkongsikan bagaimana resepi membuat Jalapeno Poppers yang mengiurkan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mari kita ikuti perkongsian Siti Hazneza Abdul Hamid di bawah.
Resepi Jalapeno Poppers
Saya nak cuba sesuatu.
Selepas hantar anak kedua pergi latihan taekwando, saya bawa anak kecil ke sebuah rangkaian restoran makanan segera untuk siapkan kerja sekolah (aci tak?).
Rasa segan pula duduk dalam kedai orang jika tidak pesan apa-apa lalu saya pun pesanlah ‘jalapeno poppers’.
Saya pernah makan, pernah buat bahkan pernah kongsi resipi jalapeno poppers di MAHN. Namun saya perasan sesuatu dengan jalapeno poppers kedai ini:
Pertama, poppers-nya kontot-kontot. Memang sekali lup terus masuk mulut seketul.
Kedua, Ha! Jalapeno dicincang dan digaul dengan sos keju untuk nachos DALAM poppers tu.
Balik rumah, saya cuba dan semalam saya goreng. Jadi, alhamdulillah.
Namun begitu, untuk masa hadapan, saya cadangkan tiga langkah penambahbaikan:
Langkah pertama, letak sedikit tepung jagung dalam sos keju supaya lebih mudah sos ‘dipegang’ semasa hendak menggoreng; dan
Langkah kedua, buat adunan tepung yang keras sedikit supaya lebih senang hendak membalut sos keju jalapeno; dan
BACA JUGA: Pakai Satu Bahan Je, Ini Tips Mudah Bersih Minyak Masak Tumpah Atas Lantai
Langkah ketiga, golek poppers dalam telur sebelum salut dengan serbuk roti supaya serbuk roti tidak berguguran dalam kuali.
Siti Hazneza binti Abdul Hamid
Resipi dan penerangan pada setiap gambar

Cili muda (hijau) dan sos keju

Cincang cili muda, biar bijinya kerana biji cili yang buat rasa pedas. Jika hendak tambah cili padi hijau boleh juga cuma rasanya mungkin sedikit berbeza.

Gaul rata.
Untuk penambahbaikan, saya akan tambah sedikit tepung jagung dalam langkah ini.

Masukkan dalam acuan air batu. Bekukan.
Untuk penambahbaikan, boleh lapik dahulu acuan dengan plastik.

Untuk buat ‘badan’ poppers:
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)

Bancuh dengan air panas sehingga membentuk doh. Rehatkan ~ 20 minit.
Doh ini agak lembik. Untuk penambahbaikan, tambah sedikit lagi tepung/ kurangkan air supaya doh lebih mudah dibentuk kemudian.

Serbuk roti buat sendiri dengan mengisar biskut empat segi (cream crackers) dengan blender bahan kering.

Oles tapak tangan dan jari dengan sedikit minyak, cubit doh dan leperkan.
Letakkan kiub sos keju jalapeno yang sudah beku atas doh dan balut kemas.

Golek-golekkan poppers yang siap dalam serbuk roti. Bekukan semula ~20 minit.
Untuk penambahbaikan, golek dulu poppers dalam telur sebelum disalut dengan serbuk roti.

Poppers yang sudah beku.

Goreng dalam minyak sederhana panas sehingga garing keemasan.

BACA JUGA: Macam Cermin, Wanita Kongsi Tips Mudah Rebus Kerang Bagi Cantik
Panas-panas. Hati-hati, sos keju di dalam bukan sahaja panas bahkan pedas. Jangan sampai melecur.

Rangup, Panas, Pedas.
Buat banyak-banyak, simpan dalam tempat beku, bila-bila teringin, goreng saja. Jom!
Sumber: Siti Hazneza Abdul Hamid via Facebook Kumpulan Masak Apa Hari Ini (MAHN)