Siakap Keli
kesalahan berkempen
Kredit: BERNAMA

Tempoh Kempen Dah Mula, Ketahui Kesalahan-Kesalahan Semasa Berkempen Yang Perlu Dielakkan

Tempoh Kempen Dah Mula, Ketahui Kesalahan-Kesalahan Semasa Berkempen Yang Perlu Dielakkan

Sebelum tibanya hari pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti, calon akan diberikan tempoh kempen oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meraih undi dan sokongan masyarakat.

Tempoh kempen ini berlaku selepas tamat proses penamaan calon dan semalam SPR mengesahkan telah menerima sebanyak 573 kertas penamaan calon di enam negeri termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.

Difahamkan, calon akan melakukan kempen selama 14 hari dan pada kali ini, ia bermula pada Ahad (29 Julai) pada 11.59 malam hingga 11 Ogos depan.

Bagi memastikan kempen itu berjalan dengan adil, SPR telah berkongsi mengenai kesalahan-kesalahan semasa berkempen supaya calon dan pihak yang terlibat dapat mengelakkan melakukan perkara tersebut.

Mari ketahui kesalahan-kesalahan itu di bawah ini.

BACA: Penyandang DUN Jeram, Mohd Shaid Rosli Tarik Diri Dari Bertandin PRN

Kesalahan-kesalahan semasa berkempen

Kredit: BERNAMA

Kesalahan pertama yang perlu dielakkan ialah melakukan perbuatan rasuah.

Kemudian yang kedua ialah tidak memelihara dokumen kerahsiaan dokumen pilihan raya.

Semua yang terlibat bertanggungjawab untuk memelihara kerahsiaan dokumen pilihan raya. Mereka ialah pegawai, petugas, calon, ejen dan pemerhati.

Manakala, kesalahan ketiga ialah melakukan aktiviti kempen yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Ia adalah seperti aktiviti berunsur perkauman dan mewujudkan rasa tidak puas hati selain permusuhan antara kaum dan agama serta pengaruh tidak wajar.

Aktiviti itu juga termasuk program tidak mendapat permit ceramah dari pihak polis.

Sementara itu, kesalahan yang keempat ialah menggunakan aset dan premis kerajaan semasa tempoh berkempen.

Penggunaan premis kerajaan yang dinyatakan ialah kenderaan, aset, jentera, keanggotaan milik kerajaan, lambang, jata kenderaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Kelima, melakukan kesalahan berkaitan bahan kempen pilihan raya.

Bahan tersebut termasuk menaikkan bahan kempen pilihan raya tetapi tidak membayar deposit bahan kempen kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kemudian, mempamerkan bahan kempen pilihan raya di lokasi tidak dibenarkan oleh PBT.

Seterusnya, mempamekan bahan kempen pilihan raya berunsur provokasi perkauman dan menyentuh sensitiviti agama.

Ia juga termasuk mempamerkan mana-mana iklan atau poster atau surat sebaran atau pelekat mengandungi nama dan alamat pencetaknya.

Yang terakhir sekali membuat penyataan palsu terhadap calon mengenai keperibadian calon dan penarikan.

Elakkan melakukan kesalahan yang dinyatakan. Semoga bermanfaat buat semua.

Sumber: SPRM/Facebook

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana