Kemas & Mudah Cari, Ini Tips Susun Atur Buku Sekolah Anak
Pendidikan merupakan satu aspek yang sangat penting dan perlu dititikberatkan meskipun sejak di usia bayi lagi. Bagi yang bergelar ibu bapa atau penjaga, mereka menjadi individu penting yang berperanan menyediakan peluang untuk anak-anak mendapat pendidikan.
Seperti yang diketahui, terdapat pelbagai tahap pendidikan yang ditawarkan oleh sektor pendidikan seperti Tahap Rendah, Tahap Menengah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Untuk pendidikan tahap rendah, umumnya murid-murid masih tidak mampu berdikari dengan baik berbanding peringkat Menengah dan IPT.
Oleh itu, ibu bapa boleh membantu mereka dengan memudahkan proses pembelajaran anak-anak agar lebih menarik dan tidak bosan. Lebih-lebih lagi, kebanyakan buku anak-anak mudah hilang, terkoyak, tertinggal di sekolah dan sebagainya.
Sehubungan itu, pihak SK akan berkongsikan tips susun atur buku sekolah anak-anak agar lebih kemas dan tersusun.
Tips Susun Atur Buku Sekolah Anak
Jom pakat SHARE
Tips SUSUN ATUR BUKU SEKOLAH
Cara ni saya guna untuk susun semua buku sekolah anak iaitu buku-buku sekolah agama dan sekolah kebangsaan.
Total semua hampir 20 subjek
Kat bawah ni saya tunjuk tutorial untuk beberapa subjek sahaja.
1 file untuk 1 subjek


Saiz file: A4
Saya beli file yang boleh muat buku teks sekali dengan buku latihan. So senang nak sekalikan dan saiznya muat untuk masuk beg sekolah.
Dekat fail tu saya letak label:
Nama anak
Nama kelas
Subjek
Hari



Kalau jadual waktu anak-anak sentiasa berubah, Jangan panik! Kita cuma perlu sediakan file yang berlabel subjek sahaja. Lebih praktikal untuk setahun sesi pembelajaran.
Saya print out sendiri setiap label. Ajak anak buat aktiviti ni sekali, lebih mudah untuk dia faham sistemnya.
BACA JUGA: “Semua Secara One To One,” Wanita Kongsi Tips Atasi Kanak-Kanak Lambat Membaca
Jangan lupa terangkan caranya pada anak kita tau. Dengan mudah dan anak pun tertarik.
Bila buat sistem macam ni:



Buku terjaga elok, tak rosak tak koyak atau kelepet kat hujung-hujung dia.
Anak boleh terus ambil fail yang nak dibawa, buku automatik dah tersedia dalam tu. Masuk dalam beg sekolah. Kemas je.
Kurang risiko buku tertinggal. Sangat betul ni.
Kalau cikgu bagi kertas latihan, senang simpan. Kat sekolah anak masukkan terus ke dalam file ikut subjek.
Mudah juga untuk susun file-file ni kat rak dan meja, tak berselerak. Ajar anak-anak disiplin dari awal. InsyaAllah mudahkan urusan kita juga.


Love it very much!
Mama Iris
Fariha Norbaya
Sumber: Facebook Fariha Norbaya