Siakap Keli
maut dihempap kren
Gambar: AFP

17 Terbunuh Dihempap Kren Di Tapak Pembinaan Di Maharashtra, India

17 Terbunuh Dihempap Kren Di Tapak Pembinaan Di Maharashtra, India

NEW DELHI, 1 Ogos (Bernama-Xinhua) — Sekurang-kurangnya 17 pekerja maut dan tiga lagi cedera selepas kren tumbang di tapak pembinaan jalan raya di negeri Maharashtra, barat India pada selasa, menurut pegawai.

Insiden itu berlaku berhampiran Shahapur di daerah Thane, kira-kira 71 kilometer (km) ke timur laut Mumbai.

Pasukan Pencegahan Bencana Kebangsaan (NDRF) India dikejarkan ke tempat kejadian

“Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan,” kata pegawai kanan NDRF, Sarang V Kurve.

Menurut NDRF, 17 mayat ditemukan di tempat kejadian.

Tiga yang cedera telah dipindahkan ke hospital berdekatan, lapor Xinhua.

Sumber: Bernama

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.