Siakap Keli
influencer vegan meninggal dunia
Kredit: NY Post

Hanya Amal Makan Buah Eksotik Malaysia, “Influencer” Vegan Terkenal Meninggal Dunia

Hanya Amal Makan Buah Eksotik Malaysia, “Influencer” Vegan Terkenal Meninggal Dunia

Pempengaruh Vegan Rusia, Zhanna Samsonova meninggal dunia disyaki akibat kebuluran kerana mengamalkan diet vegan dengan hanya memakan buah eksotik di Malaysia, lapor NY Post.

Warga Rusia berusia 39 tahun itu dilaporkan meninggal dunia pada 21 Julai lalu selepas mendapatkan rawatan perubatan semasa lawatan di Asia Tenggara.

Bagaimanapun, setakat ini punca kematian rasminya masih belum diketahui.

Difahamkan, sebelum kejadian dia dilihat tidak bermaya dan kelihatan sangat letih.

“Beberapa bulan lalu, di Sri Lanka, dia sudah kelihatan letih dengan kaki bengkak.

“Mereka hantar dia pulang untuk mendapatkan rawatan namun dia melarikan diri lagi. Apabila saya melihatnya di Phuket, saya berasa takut,” kata seseorang yang tidak dikenali.

Jelas sumber, dia berulang kali mengingatkan Samsonova untuk mendapatkan rawatan, tetapi ia sudah terlambat.

“Saya tinggal satu tingkat di atas rumahnya dan setiap hari saya takut melihat badannya yang tidak bermaya pada waktu pagi.

“Saya juga telah menyakinkannya untuk mendapatkan rawatan tetapi dia sudah terlambat untuk mendapatkannya,” ujarnya.

BACA: Pelakon Siri Euphoria, Angus Cloud Meninggal Dunia 

Hanya makan buah eksotik Malaysia selama 7 tahun

Kredit: NY Post

Sementara itu, seorang rakannya mendakwa sejak tujuh tahun lalu, Samsonova hanya makan buah eksotik Malaysia iaitu nangka dan durian, dan buah lain.

“Saya melihat badan dan minda saya berubah setiap hari.

“Saya suka diri saya yang baru dan tidak pernah beralih kepada tabiat dahulu,” kata Samsonova sambil menerangkan rejimen pemakanannya yang ketat.

Pempengaruh itu berkata rejimen makanan mentahnya diilhamkan selepas melihat rakan sebaya yang kelihatan jauh lebih tua daripada usia mereka, disebabkan diet makanan ringan yang diamalkan mereka.

Dia yang aktif menggunakan media sosial, menyebarkan amalan diet mentahnya.

“Saya makan makanan yang mudah, walaupun saya mempunyai banyak pengalaman sebagai tukang masak makanan mentah.

“Saya suka mencipta resipi saya sendiri dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk makan dengan lebih sihat,” ujarnya.

Beri manfaat tetapi perlu dirancang dengan baik

Diet makanan mentah boleh memberikan pelbagai manfaat kesihatan termasuk penurunan berat badan, kesihatan jantung yang lebih baik dan risiko diabetes yang lebih rendah.

Pun begitu, terdapat kelemahan pada rejimen tersebut terutamanya apabila tidak dirancang dengan baik, menurut Healthline.

Ini termasuk kekurangan kalsium dan Vitamin D, yang diperlukan untuk tulang yang kuat.

Sekiranya diamalkan tanpa rancangan, ia boleh membawa kepada tahap B12 yang tidak optimum, di mana boleh mengakibatkan anemia, kerosakan sistem saraf, ketidaksuburan dan secara paradoks penyakit jantung.

Sumber: NY Post

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.