Kreatif, Kanak-kanak Jadi Unta Untuk Majlis Sekolah Raih Perhatian
Kebiasaannya apabila sesebuah majlis dibuat di sekolah pelajar semestinya akan mengambil tempat tidak kira menyumbang dari segi tenaga atau idea.
Semua pelajar digalakkan untuk menyertai ketika membuat persiapan kerana sedikit sebanyak ia memberi pengalaman pelajar mengendalikan sesebuah majlis, di samping tidak mahu membuatkan pelajar rasa ditinggalkan.
Sesebuah majlis tersebut akan berjaya sekiranya mendapat kerjasama daripada semua pihak dan kemungkinan ia akan menjadi memori yang tidak akan dilupakan oleh pelajar.
Unta ada di majlis sekolah
Misalnya, seperti satu rakaman video yang tular baru-baru ini, memaparkan sekumpulan kanak-kanak melakonkan seorang lelaki membawa unta di padang pasir dalam satu majlis yang dilakukan pihak sekolah.
Video tersebut dimuat naik oleh @zuraazura1389 di TikTok dan klip tersebut telah meraih perhatian ramai susulan dengan keunikan yang ditampilkan.
Yang menariknya, unta yang dilakonkan itu terlihat seperti haiwan yang sebenar susulan kepala kanak-kanak tersebut dijadikan bonggolan.
Difahamkan, kanak-kanak itu memakai baju Arab tersebut disebabkan sekolah mereka mengadakan Bulan Panitia Pendidikan Islam.
Berarak di atas pentas

Kanak-kanak tersebut kemudiannya berarak di pentas, sambil penunggang unta itu membawa haiwan tersebut dengan memegang tali yang dilekatkan pada lehernya.
Kepala haiwan itu dijadikan daripada kotak yang mempunyai bentuk dan warna sama seperti unta.
Manakala, bonggolan yang ada pada badan unta pula merupakan kepala kanak-kanak dan mereka turut menggunakan kaki sendiri sebagai kaki haiwan tersebut.
Badan unta dilapikkan dengan kain berwarna coklat dan jurang yang memisahkan bonggol itu diletakkan kain, menunjukkan ia adalah tempat duduk penunggang.

Usai habis tawaf di atas pentas, kanak-kanak tersebut dilihat turun ke bawah untuk keluar menandakan perarakan itu telah habis.
Kanak-kanak yang berada di bahagian bawah pentas dilihat bersorak kegembiraan, kemungkinan terhibur melihat unta jadian tersebut.
Reaksi warga maya
Disebabkan idea yang diberikan terlalu kreatif, rata-rata warga maya suka dan memuji keunikan yang ditampilkan.
Walaupun pada mulanya mereka kesian dengan kanak-kanak yang menjadi bonggol itu, namun idea tersebut jarang dibuat orang.
“Kesian pula dekat dua orang budak yang jadi bonggol unta hahaha tapi sangat kreatif!” puji warga maya.
“Rasanya tiada lagi orang buat kot. Kreatifnya,” ujar netizen.
“Kreatif, kelakarnya adik,” kata warga maya.
“Cikgu dia memang kreatif. Berfikir di luar kotak,” puji warga maya.
Pun begitu, kanak-kanak yang melakonkan haiwan tersebut berhasil memeriahkan majlis dengan memberikan gambaran sebenar kepada pelajar lain berkaitan dengan padang pasir.
Tonton video penuh di bawah ini.
@zuraazura1389 #CapCut unta dah penat duduk sekolah… unta nak balik pdang pasir dulu…..👋👋👋
Sumber: @zuraazura1389/TikTok
BACA: Kemas & Mudah Cari, Ini Tips Susun Atur Buku Sekolah Anak