Siakap Keli
farah nabilah nama putera kedua
Gambar: Instagram Farah Nabilah

“Moga Menjadi Anak Yang Soleh,” Farah Nabilah Umum Nama Putera Kedua

“Moga Menjadi Anak Yang Soleh,” Farah Nabilah Umum Nama Putera Kedua

Pelakon tanah air, Farah Nabilah Saipuddin, 31, akhirnya meengumumkan nama putera keduanya selepas selamat bersalin tujuh hari lalu, lapor Astro Gempak.

Beliau memaklumkan berita gembira itu dalam satu hantaran di akaun Instagram rasmi miliknya semalam.

Nama Putera Kedua Farah Nabilah

Maklum Farah Nabilah atau lebih dikenali sebagai Farah, cahaya mata keduanya itu bernama Yusuf Gibran bin Mohamed Amirul.

Gambar: Instagram Farah Nabilah

“Assalamualaikum. Hari ini hari ketujuh dia.

“Yusuf Gibran bin Mohamed Amirul, 26 Julai 2023,” katanya dalam hantaran tersebut.

Walau bagaimanapun, wajah anaknya itu masih belum didedahkan untuk tatapan umum.

BACA JUGA: Pelakon Era 90-an, Zack Idris Meninggal Dunia

Sementara itu, pelakon itu turut mendoakan agar cahaya matanya itu dikurniakan akhlak yang baik dan soleh.

“Terima kasih atas doa semua. Semoga Yusuf Gibran menjadi anak yang soleh, anak yang mempunyai adab dan akhlak seperti Rasullullah SAW dan dilindungi dari segala kejahatan. Amin YRA,” katanya lagi.

farah nabilah nama putera kedua
Gambar: Instagram Farah Nabilah

Pada 20 Disember 2019, Farah membina mahligai rumah tangga dengan pasangannya, Mohamad Amirul Yunus, yang merupakan seorang juruterbang.

Sepanjang tiga tahun perkahwinan, pasangan tersebut telah dikuniakan dua cahaya mata, Andre Omar, 3, dan kini Yusuf Gibran.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial)

Remy Ishak & Isteri Timang Cahaya Mata Pertama

Sebelum ini, Pelakon sensasi tanah air, Remy Ishak turut sama berkongsi momen bergelar seorang bapa selepas menimang cahaya mata pertama, lapor Astro Gempak.

Difahamkan, isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan anak mereka di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Beliau berkongsi kegembiraan tersebut dalam kemas kini Instagram Story miliknya.

Pelakon berusia 41 tahun itu meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih atas doa dan ucapan tahniah orang ramai kepadanya.

Dalam pada itu, isterinya, Ezza juga berada dalam keadaan sihat dan stabil, maklum Remy lagi.

“Alhamdulillah, isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur,” katanya.

Tambahan lagi, beliau juga sangat teruja kini bergelar seorang bapa.

“Seperti yang saya maklumkan, isteri saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara normal pagi tadi. Saya bersyukur kerana semua berjalan dengan lancar dan selamat.

It’s a new journey for me sebagai seorang bapa. Doakan semuanya dipermudahkan,” ujarnya kepada Astro Gempak.

Sumber: Astro Gempak 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.