Siakap Keli
Tips guna tali mata pisau rumput
Gambar: Airiel Ibnu Sufian

Semak Samun Terus Hilang, Ini Tips Potong Rumput Guna Tali & Mata Pisau Yang Betul

Semak Samun Terus Hilang, Ini Tips Potong Rumput Guna Tali & Mata Pisau Yang Betul

Rumput jika dibiarkan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan halaman dinaiki semak-samun. Jika terus dibiarkan, ia tentunya menjadi ‘rumah’ kepada binatang berbisa seperti ular.

Sebagai pemilik tanah atau rumah, tentunya, anda menginginkan halaman yang cerah, kemas serta rapi.

Walau bagaimanapun, ia memerlukan kudrat dan kos untuk memotong rumput apatah lagi ia melibatkan halaman yang luas.

Rata-rata orang lebih gemar menggunakan mesin rumput ‘galas’ kerana ia lebih fleksibel dan efisien dalam memotong rumput khususnya di bahagian celahan kecil.

Pun begitu, masih ramai yang tidak mengetahui jenis-jenis tali atau mata pisau yang sesuai untuk memotong rumput. Penggunaan tali atau bilah yang tidak sesuai dengan jenis rumput juga boleh mengurangkan hasil potongan rumput yang lebih kemas.

OIeh itu, mari kita ikuti perkongsian Airiel Ibnu Sufian tentang tips guna tali dan mata pisau ketika potong rumput di bawah. Semoga bermanfaat.

Tips-Tips Potong Rumput

Gambar: Facebook Airiel Ibnu Sufian

Assalamualaikum Warga TAHi. Aku percaya dalam group ni ramai yang geram tengok rumput laman sendiri dan nak potong sendiri tapi belum dapat buat atas sebab-sebab tertentu. Ni aku nak share few tips yang boleh korang guna masa potong rumput atau menebas guna mesin rumput. 

BACA JUGA: Nak Pulut Kuning Tahan Lama Dan Tak Cepat Basi? Ikuti Tips Ini

Bila nak guna Tali atau Nylon?

Untuk yang nak potong rumput biasa atau rumput tebal yang tak tinggi dari paras lutut, seeloknya pakai tali atau nylon je.

Kalau dalam satu kawasan tu hanya ada rumput atau tumbuhan lembut sahaja. Kalau semak jenis berkayu, better pakai mata pisau. 

Tali atau nylon ni pun banyak jenis. Pilihla ikut cita rasa. Trial and error sendiri sebab susah nak explain effect dia macam mana bila guna lain-lain jenis tali. 

Kelebihan pakai tali

Mudah nak potong di celah-celah bucu dinding atau pangkal pokok atau permukaan sempit. Tak merosakkan objek sekeliling sangat (Kalau permukaan lembut rosak jugak, so, hati-hati)

Bila nak guna mata pisau?

Mata pisau biasa – Tak lebar

Untuk semak samun macam dalam gambar bawah ni, memang elok sangatlah pakai mata pisau. Jenis mata pisau pulak boleh dipelbagaikan mengikut keperluan. 

Mata pisau biasa – Tak lebar

Ni khas untuk semak berkayu tapi tak heavy. Harga dekat hardware bawah RM10 je. Mudah bengkok. So, kalau semak yang hardcore, anggap jela mata tu pakai buang je. Sebab lepas settle buat kerja confirm bengkok atau sumbing dah pisau tu.

Mata pisau Tebal – Lebar

Ni untuk semak level atas sikit dari No 4. Semak berkayu atas paras peha. Size kayunya pun dah lebar 3-4 jari. Setakat batang ubi kayu tu, dia potong macam kemuncup je. Takde hal. Tapi hati-hati kalau bilah dia dah bengkok atau sumbing sikit sebab dia mudah ‘melibas’ batang kayu ke betis kita. Ni aku cerita atas pengalaman ni. Betis aku dah jenuh lebam bantai dek batang kayu terpelanting.

BACA JUGA: Guna Tiga Bahan Je, Ini Cara Mudah Nak Hilangkan “Watermark” Pada Cermin Kereta

Mata 3 (Bentuk Bintang tapi 3 mata)

Ni otai segala pisau. Sapa lu mau langgar? Lu kasi tau.. Ini mata takda kasi chance punya!

Mata Bulat (Macam Circular Saw punya mata)

Nak tebas semak, kurang sesuai. Kalau guna untuk tebang buluh, yes. Sesuai. Tapi be extra careful sebab kalau tak pegang kuat Rod mesin tu, kita boleh terhayun rod tu bila mata dia lekat dan membuatkan situasi tu extremely bahaya especially kalau ada orang lain sekeliling. 

Inilah dulu sedikit sebanyak tips yang dapat aku share. Bab ketar-ketar satu badan lepas mesin tu, normal. Jangan risau. Bila dah biasa main mesin rumput ni, ketar tu dah makin kurang. Para isteri jangan risau kalau encik suami vibrate time tidur. Tu maknenya dia dalam Mode Silent. 

Kalau nak layan lagi video kepuasan mesin rumput, boleh tengok sini: https://youtu.be/_BFZoB1DUbA

Gambar: Tanah yang dah terbiar lebih 7 tahun. 12 hari aku ambik masa untuk habiskan menebas. Keluasan: Suku ekar. 

Sumber: Facebook Airiel Ibnu Sufian via Tukang Apa Hari Ini (TAHI)

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.