Siakap Keli
mayat lelaki dalam kereta
Gambar: Facebook Tanpa Nama

Hilang Sejak 6 Jun, Mayat Lelaki Ditemui Dalam Kereta Terlibat Kemalangan

Hilang Sejak 6 Jun, Mayat Lelaki Ditemui Dalam Kereta Terlibat Kemalangan

Selepas hampir dua bulan dilaporkan hilang, mayat seorang lelaki ditemukan dalam sebuah kereta terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 7 Jalan Juasseh- Bahau, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supt. Amran Mohd Ghani, pihaknya pada 2 Ogos menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan terdapat satu kemalangan jalan raya di Jalan Terusan melibatkan motokar.

Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berkenaan berlaku melibatkan kereta Perodua Kancil bersama pemandu di bahu jalan bercerun.

Polis turut menemui kad pengenalan dan lesen memandu mangsa di tempat kejadian.

”Hasil semakan kad pengenalan, mangsa dilaporkan hilang pada 6 Jun dimana ibu mangsa telah membuat satu laporan polis mengenai kehilangan anaknya.

”Mangsa menaiki sebuah motokar Perodua Kancil berwarna kelabu berseorangan dan gagal dihubungi sehingga dijumpai semalam (2 Ogos),” katanya.

Menurut Supt. Amran lagi, akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dibawa ke unit Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah untuk tujuan bedah siasat.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian berkenaan untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan.

Sumber: IPD Kuala Pilah

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.