Jisoo BLACKPINK Dan Ahn Bo Hyun Disahkan Sedang Bercinta
Jisoo BLACKPINK dan pelakon Ahn Bo Hyun disahkan telah menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih, lapor Koreaboo.
Menurut laporan ekslusif dari Dispatch, Jisoo dan Ahn Bo Hyun telah menjalinkan hubungan sejak sekurang-kurangnya Mei tahun lalu.
Kedua-duanya dilihat bersama di daerah Yongsan di Seoul tempat tinggal Jisoo pada Mei, Jun, Julai dan juga 1 Ogos.
Tarikh-tarikh tersebut adalah semasa jadual sibuk kumpulan BLACKPINK dengan konsert jelajah mereka.
Jisoo dan Ahn Bo Hyun akan bertemu janji di apartmen Jisoo, di mana Ahn Bo Hyun akan memandu sendiri pergi rumah tersebut.
Walaupun Ahn Bo Hyun sibuk dengan jadual penggambarannya, dia akan memastikan untuk melawat rumah Jisoo.
Dia dikatakan akan muncul ke apartmennya dengan pakaian yang selesa dan membawa bungkusan makanan untuk mereka berdua.

Kedua-duanya berkongsi banyak persamaan, dari bidang lakonan, nyanyian dan juga fesyen.
Mereka dikatakan kerap bertemu dengan satu sama lain sambil menunjukkan perasaan yang senang dan baik.
BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma
Kedua-dua agensi mewakili bintang itu turut mengesahkan hubungan kedua-dua bintang Korea Selatan tersebut.
Agensi yang mewakili Jisoo, YG Entertainment dalam satu kenyataannya berkata bahawa kedua bintang itu sedang mengenali antara satu sama lain.
“Mereka sedang mengenali antara satu sama lain. Kami sangat hargai kalau anda dapat memberikan sokongan kepada mereka,” tulis kenyataan YG Entertainment.
Selain itu, Ahn Bo Hyun yang diwakili oleh agensi FN Entertainment turut mengeluarkan kenyataan yang hampir sama dengan agensi Jisoo.
“Ahn Bo Hyun dan Jisoo di peringkat mengenali diri masing-masing. Kami harap anda boleh menyokong mereka,” tulis kenyataan FN Entertainment.
Terdahulu, Blackpink telah memecahkan rekod bagi artis berkumpulan dengan kutipan tertinggi apabila konsert mereka berjaya mendapat hasil kutipan tertinggi sepanjang sejarah.
Kumpulan penyanyi wanita ini berjaya meraih hampir $10 juta (RM45.7 juta) setiap malam daripada hasil kutipan pertunjukkannya di Mexico.
Sebelum ini, Blackpink telah mengadakan konsert Blackpink’s Born Pink World Tour yang bermula di Seoul, Korea Selatan pada Oktober 2022. Sejak itu, tiket konsert di beberapa lokasi di Amerika Utara, Eropah dan Asia dilaporkan habis terjual.
Di Mexico City, Blackpink telah mengadakan pertunjukan di Stadium Foro Sol yang mampu memuatkan sebanyak 65,000 penonton.
Sumber: Koreaboo