Tak Sangka, Tip Mudah Simpan Berus Gigi Ini Bantu Selesaikan Masalah Semasa “Travel”
Kalau kita pergi melancong, ada beberapa perkara yang membuatkan kita buntu sewaktu mengemas seperti cara penyimpanan berus gigi dan alatan mandian lain.
Tidak seperti yang lain, berus gigi tidak mempunyai tempat penyimpanan yang khusus dan kebiasaannya, kita akan menyimpannya menggunakan beg plastik besar.
Apabila menggunakan beg plastik, terdapat pelbagai kemungkinan bahawa beg baju basah.
Ia susulan terkena air dan ubat gigi yang tumpah dalam plastik tersebut.
Kemudian, ia akan merosakkan sesetengah pakaian sekali gus menyumbang kepada perubahan emosi kita daripada gembira untuk pergi melancong kepada sedih akibat kecuaian.
Cara mudah simpan berus gigi
Pun begitu, tak perlu risau kerana pengguna TikTok @jason_jezi telah berkongsi tip yang paling mudah untuk menyimpan berus gigi daripada bocor terkena baju.
Tip yang dikongsikan ini bukan sahaja dapat menyimpan satu berus gigi namun ia boleh simpan sehingga empat berus gigi dalam satu masa.
Kemungkinan cara yang dikongsi itu akan membuatkan anda tidak terfikir dengan cara mudah itu walaupun tempat penyimpanan itu selalu ada di dalam rumah.
BACA: Bukan Manusia Pakai Kostum, Zoo China Nafi Pamer Beruang Matahari Palsu
Guna sarung tangan plastik
Cara yang mudah untuk menyimpan berus gigi adalah dengan menggunakan sarung tangan plastik yang mudah didapati di kedai dan pasar raya.
Disebabkan sarung tangan plastik itu mempunyai lima ruang, pengguna boleh menyimpan berus gigi keluarga dalam satu tempat.

Pertama, masukkan berus gigi di ruang yang disediakan. Satu lubang hanya perlu letakkan satu berus gigi.
Kemudian, letakkan ubat gigi dalam saiz kecil yang sesuai untuk melancong dalam sarung tangan tersebut.
Cara ini bukan sahaja dapat menjimatkan ruang malah ia juga tidak mudah bocor sekiranya disimpan pada tempat yang betul.
Ubat gigi digalakkan untuk membawa yang kecil kerana kita hanya akan menggunakan sedikit sahaja walaupun melancong dalam jangka masa yang panjang.
Dalam pada itu, ubat gigi juga boleh dikongsi satu keluarga jadi tidak perlu pening untuk membawanya lebih daripada satu.

Tip yang diberikan ini sekali gus menyelesaikan separuh masalah yang dihadapi oleh mereka yang mahu melancong.
Selepas ini, bolehlah melancong tanpa perlu menghiraukan baju basah terkena ubat gigi.
Dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjimatkan ruang dalam beg, namun ia juga dapat memastikan kebersihan ubat gigi tersebut.
Tonton video di bawah. Selamat mencuba!
@jason_jezi Tips simpan berus gigi keluarga anda masa melancong #TikTokGuru #jombelajar #tiktoktech #jezismart #learnontiktok
Sumber: @jason_jezi/TikTok