Cepat Lebam & Busuk, Ini Rupanya Cara Simpan Pisang Agar Tahan Lama
Tidak dinafikan, buah-buahan sememangnya sumber makanan yang sihat dan baik untuk tubuh badan kita. Bukan sahaja bertindak sebagai sumber vitamin, namun menjadi bahan pelawas yang mujarab.
Walau bagaimanapun, sesetengah buah-buahan tidak dapat bertahan lama dan cepat masak hingga rosak.
Ini termasuk buah rambutan, jambu dan lain-lain. Buah pisang juga tidak terlepas daripada tergolong dalam kategori tersebut.
Seperti yang diketahui, pisang berbentuk bujur dan berbeza saiz mengikut jenis. Kebiasaannya, pisang yang belum masak berwarna kehijauan. Manakala, pisang yang telah masak pula berwarna kuning keemasan.

Buah pisang juga boleh dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis. Selain itu, ia juga boleh dijadikan dalam pelbagai bentuk makanan seperti, kerepek pisang, cekodok dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, buah ini hanya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat sebelum menjadi buruk atau rosak lebih-lebih lagi yang telah masak. Sudah tentu ia tidak boleh disimpan dalam kuantiti yang banyak.
Pastinya ramai yang tidak mengetahui, sebenarnya terdapat cara bagi melambatkan proses buah ini memburuk. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian di bawah.
Cara Simpan Pisang Tahan Lama & Tak Masak Dengan Cepat
Bungkus Dengan Plastik
Sekiranya anda membeli seikat pisang, langkah yang boleh dilakukan adalah dengan bungkus atau tutup bahagian atas tandan pisang dengan plastik.
Dengan ini, ia akan melambatkan masalah pisang cepat rosak kerana gas etilena yang terbebas pada bahagian tersebut dapat dielakkan. Anda boleh lihat video di bawah.
BACA JUGA: Dah 8 Bulan Pun Masih Segar, Ini Cara Simpan Cili Yang Wajib Anda Tahu
When bananas ripen, their stems release ethylene gas, and when it spreads to the rest of the fruit, it will quickly cause the fruit to rot.
That's why the plastic wrap around the stem keeps the ethylene gas contained so the bananas stay safepic.twitter.com/3c0Vtjd8cH
— Massimo (@Rainmaker1973) August 2, 2023
Asid Sitrik
Langkah yang kedua dengan menggunakan asid sitrik. Asid ini berfungsi sebagai bahan pengawet untuk pisang yang telah dikupas. Ambil satu sudu jus lemon atau limau nipis dan jus oren, semburkan pada pisang yang telah siap dipotong. Kemudian, tutup dalam bekas dengan ketat.
Jauhkan Dari Cahaya Matahari
Langkah yang ketiga, elakkan daripada terkena cahaya matahari secara langsung. Hal ini kerana ia boleh menaikkan suhu buah itu sekaligus menjadikanya lebih cepat masak.
Letak Dalam Bekas Kedap Udara
Seperti langkah kedua, simpan pisang yang tidak habis atau telah dikupas kulit ke dalam bekas kedap udara atau beg berzip. Cara ini berguna bagi mengelakkan oksigen keluar dan mengelakkan ia terlebih masak.
Letakkan Dalam Peti Sejuk
Seterusnya, pisang juga boleh disimpan dalam peti sejuk, langkah ini sekurang-kurangnya dapat melambatkan proses masak pisang sehingga sebulan dan mengekalkan pigmen (lapisan luar kulitnya).
Kenapa Pisang Bertukar Coklat (Perang )

Jika pisang telah dikupas, buah atau isinya cepat bertukar dari putih atau kuning kepada coklat dalam masa beberapa minit sahaja. Kenapa ia berlaku?
Sebenarnya, di dalam pisang mengandungi enzim polifenol oksidase, dan apabila enzim berinteraksi dengan oksigen, ia menyebabkan tindak balas kimia. Tindak balas ini dikenali sebagai enzimatik yang menukarkan kulit dan buah pisang kepada warna koko atau keperangan.
Sumber: Masterclass.com, Twitter @Rainmaker1973