Siakap Keli
pink venom blackpink 700 juta youtube
Kredit YG Entertainment

Lagu “Pink Venom” Dari Kumpulan BLACKPINK Catat Lebih 700 Juta Tontonan Di YouTube

Lagu “Pink Venom” Dari Kumpulan BLACKPINK Catat Lebih 700 Juta Tontonan Di YouTube

Video muzik kumpulan K-pop terkenal, BLACKPINK yang bertajuk ‘Pink Venom’ kini telah mencapai 700 juta tontonan di YouTube, lapor Yonhap News.

Perkara itu didedahkan oleh agensi kumpulan tersebut iaitu YG Entertainment.

‘Pink Venom’ ialah lagu prakeluaran daripada album penuh kedua kuartet itu yang bernama ‘Born Pink’ pada 16 September tahun lalu.

YG Entertainment berkata bahawa muzik video lagu itu kini melepasi 700 juta tontonan di laman perkongsian video tersebut pada 12.41 tengah hari ini. Ia kira-kira 350 hari selepas dimuat naik pada 19 Ogos tahun lalu.

Kumpulan itu pada sebelum ini berjaya mencipta rekod apabila video muat naik tersebut mengumpul 90.4 juta tontonan di YouTube dalam tempoh 24 jam pertama.

Ekoran pencapaian itu, BLACKPINK telah menjadi kumpulan gadis K-pop terpantas melepasi 100 juta tontonan di YouTube.

Video itu juga dikatakan mencapai tontonan melebihi 100 juta dalam tempoh 29 jam dan 35 minit selepas ditayangkan.

‘Pink Venom’ ialah lagu genre hip-hop yang menggabungkan rentak dan bunyi yang kuat daripada alat muzik tradisional Korea.

Lagu itu juga dilaporkan telah mencapai No.22 dalam carta lagu utama 100 Hot di Bilboard Amerika Syarikat, serta 100 teratas dalam Carta Single Rasmi British.

Jisoo BLACKPINK Dan Ahn Bo Hyun Disahkan Sedang Bercinta

Terdahulu, Jisoo BLACKPINK dan pelakon Ahn Bo Hyun disahkan telah menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih, lapor Koreaboo.

Menurut laporan ekslusif dari Dispatch, Jisoo dan Ahn Bo Hyun telah menjalinkan hubungan sejak sekurang-kurangnya Mei tahun lalu.

Kedua-duanya dilihat bersama di daerah Yongsan di Seoul tempat tinggal Jisoo pada Mei, Jun, Julai dan juga 1 Ogos.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Tarikh-tarikh tersebut adalah semasa jadual sibuk kumpulan BLACKPINK dengan konsert jelajah mereka.

Jisoo dan Ahn Bo Hyun akan bertemu janji di apartmen Jisoo, di mana Ahn Bo Hyun akan memandu sendiri pergi rumah tersebut.

Walaupun Ahn Bo Hyun sibuk dengan jadual penggambarannya, dia akan memastikan untuk melawat rumah Jisoo.

Dia dikatakan akan muncul ke apartmennya dengan pakaian yang selesa dan membawa bungkusan makanan untuk mereka berdua.

Sumber: Yonhap News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.