Rebus Cili Kering 3 Kali, Chef Adu Kongsi Rahsia Buat Sambal Nasi Lemak “Guarantee” Sedap
Menu nasi lemak sudah tidak asing lagi buat rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Pada dahulunya, menu itu mungkin hanya boleh didapati pada waktu pagi sahaja, namun kini menu itu juga boleh didapati pada setiap masa.
Menu yang mencukupi segala zat makanan seperti di dalam piramid makanan ini sering menjadi pilihan kerana ia boleh mengenyangkan perut si penggemarnya.
Satu hal yang sangat penting untuk nasi lemak menjadi kegilaan ramai ialah dengan kesedapan sambalnya.
Sambal nasi lemak sangat penting kerana ia adalah sebahagian daripada perkara yang perlu ada dalam satu hidangan lengkap menu berkenaan.
Sambal yang sedap dapat meningkatkan lagi selera penggemarnya untuk mencuba lagi dan lagi makanan tersebut.
Oleh itu, perkongsian pada hari ini akan berkongsikan kepada pembaca bagaimana cara untuk membuat sambal nasi lemak yang sedap.
Perkongsian itu telah dilakukan oleh Chef selebriti iaitu Chef Adu menerusi perkongsian videonya di TikTok @chefadu miliknya.
Menurutnya, nak rasa sambal yang sedap, anda perlu membuat cili kisar dengan sendiri.
Untuk mendapatkan cili kisar yang baik, anda perlu merebus cili kering dua atau tiga kali dan kemudiannya cuci dua tiga kali. Ulang langkah yang sama untuk beberapa kali.

Kemudian cili kering yang direbus tadi boleh dikisar dan hanya dimasukkan air secukupnya.
Letak tepi cili kisar tadi dan kini anda boleh beralih untuk membuat sambal pula.
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis yang sudah dicuci bersih. Goreng sehingga garing ikan bilis tadi untuk mendapatkan tekstur yang sedap.
Gunakan minyak yang sama, kini anda boleh tumiskan cili kisar yang dikisar sebentar tadi. Tumis cili kisar harus menggunakan minyak yang banyak.

Apabila cili kisar sudah masak, masukkan daun pandan yang diikat.
Katanya lagi, nak buat sambal kena lama untuk pastikan cili kisar tadi betul-betul masak.
“Apabila sudah pecah minyak, anda perlu masukkan air sedikit. Ulang langkah ini untuk dua atau tiga kali. Lebih lama ia akan lebih sedap dan tahan lama,” kata Chef Adu dalam video tersebut.
Selepas sambal sudah masak dengan cantik dan pecah minyak, langkah seterusnya adalah dengan memasukkan air asam jawa.
Selesai masukkan air asam jawa, anda kini boleh masukkan bawang yang dihiris bulat dan bawang putih. Nak sedap bawang kena letak banyak.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma
“Letak bawang banyak lagi sedap, masukkan garam dan gula. Yang penting gula, macam aku gunakan gula melaka lagi sedap. Sebab sambal nasi lemak kalau tak manis memang tak sedap,” katanya lagi.
Langkah terakhir adalah masukkan ikan bilis yang sudah digoreng rangup tadi.
Sekarang sambal nasi lemak anda sudah siap dan boleh dihidangkan bersama dengan nasi.
Selamat mencuba!
@chefadu Sambal Nasi Lemak #fyp #foryourpage #foryou
Sumber: TikTok/@chefadu