Siakap Keli
racun perosak semula jadi
Kredit TikTok/@shidalilnborn

Guna Bawang Putih & Cili Api Jadi Racun Perosak Semula Jadi, Ulat “Confirm” Lari

Guna Bawang Putih & Cili Api Jadi Racun Perosak Semula Jadi, Ulat “Confirm” Lari

Pada waktu inflasi sekarang ini, harga barangan kebanyakannya tidak menentu terutamanya bagi barangan bahan makanan.

Sebagai langkah penjimatan, perkara yang boleh kita lakukan adalah dengan mendapatkan barangan makanan tersebut secara bercucuk tanam.

Bagi mereka yang mempunyai kawasan rumah yang bertanah lapang, aktiviti pertanian bercucuk tanam dapat membantu menghasilkan sumber pertanian untuk keluarga.

Antara tanaman yang mudah dan mendapatkan hasil adalah seperti sayur sawi, kangkung, cili dan macam-macam lagi.

Namun apabila terlibat dengan bercucuk tanam ini, perkara yang sering dialami adalah diserang oleh haiwan serangga perosak dan ulat.

Bagi kawasan perumahan yang mempunyai jiran disamping rumah, kegunaan racun perosak sangatlah tidak sesuai untuk digunakan.

Tambahan lagi, racun perosak mempunyai kandungan kimia yang tidak baik untuk sistem badan.

Oleh itu, untuk mengatasi masalah tersebut, perkara yang anda boleh lakukan adalah dengan membuat sendiri racun perosak menggunakan bahan semula jadi.

Kredit TikTok

Untuk mengetahui cara bagaimana membuat racun semburan tersebut, mari kita ikuti perkongsian daripada pengguna TikTok @shidalilnborn ini.

Guna bawang putih dan cili api sahaja

Menurut wanita itu, bahan-bahan utama yang anda perlukan adalah dua labu bawang putih dan satu genggam cili api.

Langkah pertama adalah kopek bawang putih dua labu tadi dan kemudiannya ambil segenggam cili api.

Langkah seterusnya ialah kisar halus dua bahan tadi dengan campuran air paip. Pastikan bahan tadi dikisar sehalus yang mungkin.

Kredit TikTok

Selesai kisar bahan-bahan tadi, ambil penapis dan tapis bahan kisar tadi. Boleh gunakan penapis yang kasar kemudian diikuti dengan penapis yang lebih halus.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Selepas tapis, bahan tadi boleh dimasukkan ke dalam botol semburan untuk memudahkan lagi proses menyembur pada sayur-sayuran.

Hampas yang ditapis tadi jangan dibuang kerana ia masih boleh digunakan untuk diletakkan di sekeliling kawasan tanaman.

Sekarang anda boleh sembur bahan tadi ke tanaman dan akan boleh lihat ulat yang berada di tanaman akan mula lari dari tanaman tersebut.

Kredit TikTok

Diharap perkongsian pada kali ini dapat membantu pembaca untuk mengatasi masalah ulat pada hasil tanaman di rumah anda.

@shidalilnborn

2 hari tak tengok pokok.. ulat penuh kat daun sawi.. sampai membebel berapa banyak GERAM daaa 😂 #gardeningvlog #naturehealingvibes #berkebun #kebunsayur #tipsberkebun #hijaudaun

♬ Sunrise – Andrea Vanzo

Sumber: TikTok/@shidalilnborn

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.