Siakap Keli
Pelari Pecut Catat Rekod Paling Perlahan
Kredit Twitter

Pelari Pecut Catat Rekod Paling Perlahan Didakwa Anak Saudara Pengerusi Olahraga Somalia

Pelari Pecut Catat Rekod Paling Perlahan Didakwa Anak Saudara Pengerusi Olahraga Somalia

Pengerusi persekutuan olahraga Somalia telah digantung tugas ekoran terdapat dakwaan bahawa pelari pecut wanita tidak terlatih yang mencatatkan masa bagi acara pecut 100m yang memalukan pada acara baru-baru ini adalah anak saudaranya sendiri, lapor Daily Mail.

Kementerian Belia dan Sukan Somalia menuduh Khadia Aden Dahir salah guna kuasa dan ‘nepotisme’.

Dalam acara tersebut, pelari Nasra Abubakar Ali mencatatkan masa hampir 22 saat dalam acara 100m di Sukan Universiti Dunia (FISU) di Chengdu, China pada Isnin lalu.

Kredit Twitter

Masa Nasra dicatatkan lebih 10 saat perlahan daripada pesaingnya yang lain. Rakaman acara itu menunjukkan bagaimana dia mengakhiri lariannya di garisan penamat dan menerima kritikan di media sosial.

Menteri Sukan Somalia, Mohamed Barre Mohamud berkata, siasatan terhadap pemilihan Nasra telah dilancarkan.

Pengerusi itu terlibat dalam salah guna kuasa

Khadija dikatakan telah terlibat dalam tindakan salah guna kuasa, nepotisme dan mencemarkan nama negara.

Menteri itu kemudiannya mengarahkan Jawatankuasa Olimpik negaranya untuk menggantung Khadija daripada jawatannya.

Tindakan itu dibuat susulan pengguna media sosial menyatakan ketidak puasan hati mereka yang mendakwa Nasra merupakan anak saudara pengerusi wanita tersebut.

Pengguna telah mendedahkan hubungan pengerusi itu selepas dia dilihat mengucapkan tahniah kepada Nasra selepas tamat pengajiannya.

Dalam saringan 100m pecutnya pada Isnin lalu, Nasra berlari dalam jarak 21.81 saat kira-kira 10 saat di belakang pendahulu yang lain.

Kredit Twitter

Pelari berusia 20 tahun yang tidak terlatih itu tidak berada dalam rakaman kamera kerana berada jauh ketinggalan di garisan penamat.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Mohamed berkata siasatan yang dijalankan dengan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Somalia mendedahkan Nasra bukannya seorang atlet mahupun pelari.

Beliau juga mendedahkan bahawa tidak ada Persatuan Sukan Universiti Somalia yang berdaftar. Dokumen pendaftaran mungkin telah dipalsukan bagi membolehkan Nasra bertanding di temasya itu.

“Kementerian dengan tegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Persekutuan Olahraga Somalia dan individu yang bertanggungjawab atas pemalsuan Persatuan Sukan Universiti Somalia,” kata satu kenyataan.

Kementerian juga memuat naik dokumen yang ditandatangani di media sosial sebagai tanda penyingkiran jawatan Khadija sebagai pengerusi persekutuan tersebut.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.