Siakap Keli
Sekolah Khas Untuk Golongan Paling Miskin Bantu Noktahkan Kemiskinan Tegar
Kredit: Bernama

Sekolah Khas Untuk Golongan Paling Miskin Bantu Noktahkan Kemiskinan Tegar

Sekolah Khas Untuk Golongan Paling Miskin Bantu Noktahkan Kemiskinan Tegar

KEPALA BATAS, 5 Ogos (Bernama) — Cadangan kerajaan untuk mewujudkan sekolah khas yang menyasarkan anak golongan paling miskin, berpotensi membawa golongan tersebut keluar dari belenggu kemiskinan.

Pelajar Perakaunan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Fatin Najwa Zulkifli menyifatkan cadangan berkenaan sebagai langkah permulaan kerajaan dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini.

Pelajar berusia 18 tahun itu berkata ramai pelajar mempunyai potensi untuk mengasah kebolehan masing-masing tetapi tidak mampu kerana kekangan kewangan keluarga.

“Apabila ada sekolah khas ini akan membolehkan lebih banyak peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran lebih tinggi. Selain itu, lebih ramai modal insan dilahirkan, bakat dan kebolehan dapat diserlahkan,” katanya ketika ditemui Bernama selepas program Temu Anwar Bicara Pendidikan MADANI di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang hari ini.

Terdahulu, pada program berkenaan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan berhasrat mendirikan sekolah khas bagi golongan miskin, berkonsepkan kepada jenis sekolah menengah sains dan sekolah menengah berasrama penuh.

Pelajar Sains Fizikal, Arif Naufal Ahmad @ Mohamad berkata penubuhan sekolah tersebut dapat memberi peluang kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk mendapat layanan sama rata seperti pelajar di bandar.

“Ini dapat bantu mereka sebab masing-masing ada bakat yang boleh ditonjolkan. Apabila buka sekolah (untuk) rakyat tidak berkemampuan ini, kita dapat lihat lebih banyak lagi mereka yang mempunyai keistimewaan dan bakat sama seperti pelajar di bandar,” katanya.

Seorang lagi pelajar, Muhammad Afiq Syed Ammer Ali berpandangan hasrat kerajaan itu mampu membantu rakan-rakannya yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran.

“Usaha ini sebenarnya boleh meningkatkan lagi produktiviti dan kemajuan negara,” katanya.

BACA: Kejap Kiri Kejap Kanan, Kenapa Posisi Tangki Minyak Tak Sama Setiap Kereta? Ini Jawapannya

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.