Guna Lima Bahan, Ini Cara Nak Buat Teh Tarik Yang “Kaw” Macam Kat Kedai
Teh tarik merupakan salah satu minuman yang menjadi pilihan tidak kira waktu dan di mana sahaja anda berada.
Kepekatan minuman ini nyata boleh memberikan kenikmatan yang tak terhingga apabila ia membasahi tekak. Bagi peminat teh tarik, minuman ini sentiasa menjadi pujaan hati apabila ‘pekena’ di gerai-gerai atau restoran bersama rakan dan ahli keluarga.
Walau bagaimanapun, setelah kita cuba bancuh air ini di rumah, rasa yang didapati adalah berbeza dan tidak ‘kaw’ seperti teh tarik yang dihasilkan oleh peniaga di luar sana.
Tentunya setiap daripada kita tertanya-tanya, bahan apa yang digunakan oleh mereka untuk memastikan teh tarik yang siap dibancuh ‘kaw punya’.
Rupanya, bukan sahaja menggunakan susu pekat semata-mata dalam membancuh air ini. Terdapat lagi bahan lain yang digunakan di dalam minuman ini. Cara pembuatan air ini mudah sahaja dan hanya menggunakan lima bahan di dapur anda.
Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan tips untuk membancuh teh tarik kaw menerusi perkongsian Rozana Mamat di bawah. Semoga bermanfaat.
Guna Lima Bahan Je, Cara Bancuh Teh Tarik Kaw-Kaw

Harini mak jemah bukan nak share masak makanan, tapi masak air teh tarik kaw-kaw. Rasa macam yang orang buat jual tepi jalan tu. Lupa dah amik resepi kat mana, cuma guna 5 bahan je yang dah sedia ada dekat rumah korang. Let’s check it out!
BACA JUGA: “Rasa Sejuk Badan,” Lelaki Kongsi Cara Buat ‘Air Hutan’
Bahan-bahan
Air 500ml
Teh 4/5uncang (lagi banyak lagi kaw)
Susu pekat (ikut tekak masing-masing nak manis mana)
Susu cair setengah tin (nak lagi lemak, buh je lebih)
1 sudu kecil esen vanila


Cara Bancuh Teh Tarik


Didihkan teh uncang, lepas tu letak susu pekat, susu cair dan esen vanila. Biarkan mendidih seketika, Siap!
*Kalau nak minum ais, tunggu sejuk dulu then tambah je ais ketul.
Sumber: Rozana Mamat via Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN)