Siakap Keli
tokti aafiyah persembahan piano
Kredit: ctdk/Instagram

Malu-Malu, TokTi Bangga Aafiyah Berjaya Buat Persembahan Piano 

Malu-Malu, TokTi Bangga Aafiyah Berjaya Buat Persembahan Piano 

Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa bangga dan teruja apabila anak sulungnya, Aafiyah Khalid membuat persembahan bermain piano di hadapan khalayak ramai.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Siti atau lebih mesra disapa TokTi mengatakan beliau bangga dengan pencapaian anaknya kerana berani membuat persembahan tersebut.

Biarpun Aafiyah dilihat malu untuk melakukan persembahan itu namun dia masih mempunyai keberanian untuk bermain piano bertemankan Teacher Illy daripada Illy Piano Academy (IPA Edcuation).

Aafiyah memainkan dua buah lagu semasa persembahan tersebut iaitu, Bloody Mary daripada Lady Gaga dan sebuah lagi lagu daripada penyanyi Korea Selatan, Jisoo iaitu Flower.

Semasa lagu kedua dimainkan, Aafiyah sempat menunjukkan tarian terkenal Jisoo dalam lagunya sambil meletakkan bunga di kedua telapak tangannya.

“Alhamdullillah. Aafiyah buat persembahan yang membanggakan ibu. Walaupun nampak pemalu sangat, tapi Aafiyah lakukan yang terbaik siap dengan tarian lagi.

Extra sikitlah macam ibu dia nak juga element tarian macam itu,” kata TokTi dalam kapsyennya pada Ahad.

BACA: Peminat Tanya Siapa Penyanyi Nombor Dua Negara, Ini Jawapan TokTi

Pakai baju dan reben pink

Kredit: ctdk/Instagram

Aafiyah yang berusia lima tahun itu mengenakan busana berwarna pink dan memakai aksesori reben di kepalanya semasa melakukan persembahan di konsert itu.

Sewaktu persembahan Aafiyah dilihat tersipu malu sambil meletakkan tangan di mulutnya.

Namun apabila persembahan itu bermula dia mula memainkan piano itu walaupun dalam keadaan segan silu.

Pun begitu, Aafiyah sangat menikmati persembahan tersebut malah mengingati setiap langkah tarian tersebut.

Kredit: ctdk/Instagram

Dalam pada itu, Arif Jiwa Asyraf yang merupakan cucu TokTi juga mengambil bahagian dalam melakukan konsert piano itu.

Difahamkan, konsert piano pada kali ini merupakan konsert yang kedua buat Arif Jiwa.

Menurut TokTi, dengan kemahiran yang ditunjukkan oleh anak-anak mereka, pasti ibu bapa yang hadir pada konsert itu berasa bangga.

“Semalam pasti semua ibu bapa bangga dengan keberanian dan bakat anak-anak mereka.

“Arif Jiwa pun hebat, yakin dan segak dia tak perlu cakaplah, ibu dia dan ayahnya dah gilap baik punya.

“Tahniah Teacher Illy dan team yang mendidik anak anak ini menjadi anak yang berani dan menjadikan minat mereka pada muzik pada level yang lebih baik. Insya-Allah.” ujar TokTi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Sumber: ctdk/Instagram

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.