Siakap Keli
rain jatuh cinta laksa sarawak
Gambar: Twitter @goKPOP

Pertama Kali Datang Kuching, Rain Akui Jatuh Cinta Dengan Laksa Sarawak

Pertama Kali Datang Kuching, Rain Akui Jatuh Cinta Dengan Laksa Sarawak

KUCHING — Bintang K-Pop, Rain atau nama sebenarnya Jung Ji Hoon mengakui jatuh cinta dengan Laksa Sarawak, lapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di hadapan peminat di Old Court House, Kuching pada Jumaat lalu.

rain jatuh cinta laksa sarawak
Gambar: Twitter @goKPOP

Menerusi video tular di laman Twitter, penyanyi kelahiran Korea Selatan itu memberitahu bahawa dia menyukai bandar dan keenakan makanan di negeri tersebut.

“Ini kali pertama saya (di sini). Saya sangat suka Kuching, ia seperti syurga, terdapat makanan yang lazat dan ia sebuah bandar yang indah. Saya suka Kuching.

“Kegemaran saya ialah laksa. Semalam saya makan laksa dan uhm… dim sum?” ujarnya yang menerima sorakan daripada peminat sejurus itu.

Dalam pada itu, selebriti berkenaan turut sempat bertutur beberapa perkataan dalam Bahasa Melayu seperti “Apa khabar?” dan “Saya sayang kamu”.

Gambar: Twitter @goKPOP

Difahamkan, Rain, 41, terbang ke Bumi Kenyalang itu bersempena menghadiri Festival Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2023 pada 2 hingga 4 Ogos.

Penyanyi K-pop itu juga menghadiri malam gala AIFFA di Hotel Pullman Kuching.

BACA JUGA: Tinggalkan Dunia K-Pop, C.A.P Teen Top Bahagia Jadi Tukang Potong Rumput

Rain Join Konsert Betadia Night Tahun Lalu

Terdahulu, penyanyi dan pelakon terhangat Korea Selatan itu kembali  ke Malaysia bagi menyertai persembahan konsert yang diadakan secara percuma bagi peminat pada tahun lalu, lapor Astro Awani.

Rain telah membuat persembahan dalam konsert Betadia Night yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 27 Ogos.

Difahamkan, konsert berkenaan berlangsung dari jam 8 hingga 11 malam. Turut menghangatkan suasana adalah dua artis tempatan, Andrew Tan dan Jes Lee.

Untuk makluman, penyanyi dengan album Bad Guy (2002) itu merupakan salah seorang bintang popular dalam dunia K-Pop. Rata-rata peminat artis tersebut datang dari Korea Selatan, Asia dan seluruh dunia.

Pada 2004, Rain telah mengeluarkan album ketiga yang juga single nombor satunya. Single bertajuk “It’s Raining” telah mencatat jualan 1 juta di Asia, sekali gus meletakkan Rain sebagai bintang antarabangsa.

Pada 2008, Rain mulakan melebarkan sayapnya sebagai pelakon di Hollywood dengan membintangi sebuah filem yang bertajuk “Speed Racer” dan “Ninja Assasin”.

Sumber: Astro Awani

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.