Siakap Keli
jari kaki dalam coklat
Gambar: TikTok

Kembang Tekak, Tular Jari Kaki Manusia Didakwa Ditemui Dalam Bar Coklat

Kembang Tekak, Tular Jari Kaki Manusia Didakwa Ditemui Dalam Bar Coklat

Ketika sedang asyik menjamu selera, pastinya kita kadang kala pernah menjumpai bendasing dalam makanan.

Antaranya, rambut, batu, pasir dan lain-lain. Penemuan ini secara tidak langsung menjejaskan selera makan

Bahkan ’empat sekawan’ (bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga, dan bunga lawang) pun sudah cukup membuatkan diri kita hilang nikmat menjamu selera apatah lagi bendasing lain.

Tengah Syok Makan, Terkejut Temui Jari Orang Dalam Bar Coklat

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular dalam satu hantaran mendedahkan pengalaman ‘seram’ dialami oleh seorang individu yang mendakwa menjumpai ibu jari kaki manusia dalam bar coklat yang dimakannya.

Gambar: TikTok

BACA JUGA: Jumpa Katak Dalam Mi, Restoran Mi Udon Terkenal Di Jepun Mohon Maaf

Dalam gambar yang dimuat naik di platform TikTok itu menunjukkan seperti cebisan organ manusia yang masih jelas kelihatan.

“Cebisan daripada jari manusia dijumpai dalam bar coklat, berhati-hati dengan apa yang anda makan. Sentiasa periksa makanan terlebih dahulu sebelum makan. Sangat jijik,” tulis video berkenaan.

Menerusi kiriman itu juga  individu tersebut turut meletakkan bahagian jari tersebut di atas tapak tangannya.

jari kaki dalam coklat
Gambar: TikTok

Pun begitu, maklumat lanjut mengenai lokasi atau bila kejadian itu berlaku tidak dinyatakan. Penemuan tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi warganet.

Ingatkan asam jawa

jari kaki dalam coklat
Gambar: TikTok

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tidak menyangka bahawa bendasing berkenaan dipercayai cebisan organ manusia.

Susulan itu, ia menimbulkan persoalan bagaimana jari berkenaan boleh berada di dalam manisan itu. Antara komen warganet yang mencuri tumpuan;

“Aku ingatkan asam jawa” kata salah seorang netizen.

 

“Kalau tergigit anggap jela kismis tapi kismis jenis besar…” kata salah seorang warganet.

“Ingat kerang la. 3 kali check baru perasan,” tulis salah seorang warga maya.

“Aku ingatkan kurma tadi,” tulis salah seorang pengguna lagi.

jari kaki dalam coklat

Sumber: TikTok

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.