Siakap Keli
simpan daun kari botol
Gambar: Cik Rain

Bau Masih Kekal, Ini Tips Simpan Daun Kari Agar Tahan Lama 

Bau Masih Kekal, Ini Tips Simpan Daun Kari Agar Tahan Lama 

Seperti sedia maklum, dalam setiap masakan pasti mempunyai resepi rahsia yang membangkitkan selera.

Kebiasaannya, rempah-ratus dan penambah rasa (gula, garam, sos) sering digunakan dalam masakan bagi menambah rasa dan aroma seperti kuah kari, sambal dan lain-lain.

Selain itu, daun-daun hijau seperti daun pudina, daun sup, daun limau perut juga diperlukan untuk menjadikan bau masakan lebih wangi. Sebagai contoh, daun limau perut rata-ratanya digunakan dalam masakan tomyam.

Bercakap mengenai ini, daun kari juga tidak boleh dilupakan kerana menjadi salah satu keperluan di dapur rumah anda.

Walau bagaimanapun, daun-daun ini tidak dapat bertahan lama jika diletakkan di dalam peti sejuk kerana bertukar kecut dan hilang bau lebih-lebih lagi bercampur dengan bauan lain di dalam peti ais.

Jadi, hari ini SK akan berkongsikan satu tips yang boleh digunakan oleh orang ramai khususnya suri rumah untuk mengatasi masalah ini.

Sehubungan itu, mari kita ikuti perkongsian Cik Rain di Facebook Kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN) tentang cara menyimpan daun kari agar lebih tahan lama.

Hanya Guna Botol,  Ini Cara Simpan Daun Kari Agar Tahan Lama 

simpan daun kari botol
Gambar: Cik Rain

Tips simpan daun kari. Actually boleh guna cara yang sama untuk simpan daun limau juga. Make sure betul-betul kering baru masuk botol tau, klau tak nanti dia berkulat.

BACA JUGA: Dah 8 Bulan Pun Masih Segar, Ini Cara Simpan Cili Yang Wajib Anda Tahu

Cara nak keringkan, memula cuci dulu semua daun tu elok elok. Lepas tu lap pakai tisu, lepas lap balut dengan surat khabar. Then simpan dalam peti sejuk. Biarkan seminggu then baru buka balik surat khabar tu. Dah cukup kering macam dedaun kering baru masuk botol.

Gambar: Cik Rain

Warna dia still hijau, klau nak masak just ambil dan masuk dalam masakan, dia akan jadi macam daun segar yang dimasukkan dalam masakan dan baunya masih harum. 

Botol kaca tu recycle dari botol sos spaghetti. Buang label dan cuci bersih. Boleh pakai balik, tayah membazir beli.

Sumber: Cik Rain via Facebook Kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.