Siakap Keli
makcik perodua bentley
Kredit: @atiekahazman_/TikTok

Gelagat Makcik Review Perodua Axia Ala-ala Bentley Bikin Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Gelagat Makcik Review Perodua Axia Ala-ala Bentley Bikin Terhibur

Memang benar kata orang, bahagia itu kadangkala boleh dicipta tanpa memerlukan wang ringgit, hanya berada dengan orang tepat pasti ia akan menjadi bermakna.

Setiap orang mempunyai cara yang berlainan untuk membuatkan diri berasa gembira dan cara yang paling berkesan adalah kita sendiri yang menciptakan momen-momen tersebut.

Pada ketika ini, mungkin caranya agak mudah untuk melakukan perkara yang menggembirakan hati, misalnya meniru semula benda baik yang dilakukan oleh warga maya di media sosial.

Makcik promote Perodua ala-ala Bentley

Seperti yang dilakukan oleh ibu kepada @atiekahazman_, di mana wanita itu melakonkan semula perkara yang dilakukan oleh model jenama Bentley dalam mengiklankan kereta itu.

Menurut @atiekahazman_, ibunya berasa gembira kerana baru sahaja dapat memiliki kereta baharu, jenis Perodua Axia dan membuat keputusan untuk melakukan parodi berdasarkan video itu.

Disebabkan rasa gembira yang terlampau, wanita tersebut memilih untuk menunjukkan kereta tersebut mengikut cara model itu mempromosikan Bentley.

Dalam video asal jenama kereta mewah itu, model tersebut memperkenalkan segenap ruang yang ada pada kenderaan tersebut dengan menyebut jenama kereta itu.

Dengan menyebutnya secara membisik menggunakan mikrofon, model itu menunjukkan ruang dalam kereta sambil melakukan beberapa gaya.

BACA: Pemain Badminton Nur Izzuddin Jaga Batas, Tak Salam Pengadil Perempuan Raih Perhatian

Biarpun tidak memiliki jenama yang sama, namun wanita tersebut mengikuti setiap gerakan yang ditunjukkan.

“Perodua”

Itu adalah jenama kereta yang dimiliki oleh wanita tersebut sambil dia menyebutnya dengan gaya yang bersahaja.

Kredit: @atiekahazman_/TikTok

Pergerakan yang dipaparkan oleh wanita tersebut berjaya menjadikan video itu menarik diikuti dengan kelucuan yang ditonjolkan.

Setiap gerak-geri yang dilakukan, pasti disusuli dengan gelak kecil kemungkinan tidak dapat menahan rasa geli hati ketika memaparkan aksi mempromosikan keretanya.

Berikutan caranya yang menggelikan hati, video tersebut telah mendapat perhatian warga maya dan rata-rata mereka sangat terhibur dengan telatahnya.

Gelagatnya yang tidak dibuat-dibuat berjaya menambat hati mereka yang melihat video itu sehingga rakaman tersebut menjadi tular di media sosial.

Sekiranya dilihat dengan mata kasar, perwatakan wanita itu sangat disenangi ramai dan orang ramai juga memohon supaya jenama kereta yang dipromosikan itu dapat mengambilnya sebagai duta.

Tonton video penuh di bawah ini untuk melihat kelucuan wanita tersebut.

@atiekahazman_

My mom so excited ya dapat kereta baru ! Haha #perodua #fyp #foryoupage mantap service @AmirulSyafiqMR perodua ! Laju, mantap, padu ! Hehehe

♬ original sound – atiekahazman – atiekahazman

Sumber: @atiekahazman_/TikTok

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: