Siakap Keli
ATMA KIRANA

Pameran Hanya Satu: ATMA KIRANA Hayati Rukun Negara Dan Warisan Budaya Malaysia

9 OGOS 2023 – Balai Seni Negara menerusi Pameran Hanya Satu (Single)  membawakan karya yang bertajuk ‘ATMA KIRANA‘ oleh Abdul Shakir atau lebih  dikenali sebagai Grasshopper bermula pada 9 Ogos 2023 di ruang lobi bangunan  Galeri Balai Seni Negara. Grasshopper merupakan seorang artis multimedia terkenal  di Malaysia yang sering menghasilkan karya seni digital dan interaktif.  

ATMA KIRANA merupakan sebuah eksplorasi seni yang mendalam dan menekankan rukun negara sebagai subjek utama. Atma Kirana diterjemahkan melalui Bahasa  kuno Melayu atau Sanskrit sebagai “jiwa yang indah”. Ia merupakan koleksi visual  digital yang dipersembahkan melalui lima variasi bunga motif berdasarkan prinsip  rukun negara iaitu Percaya, Setia, Luhur, Adil dan Baik.  

ATMA KIRANA

Karya ini memberi kesan animasi melalui bentuk dan cahaya yang menakjubkan dan  dipamerkan menerusi koreografi instalasi daripada 100 panel LED tergantung yang  diletakkan dengan teratur untuk membolehkan orang ramai melihat karya ini dari  pelbagai sudut pandang dan seterusnya dihayati.  

Selain itu, bagi melahirkan komitmen terhadap kelestarian alam, panel LED yang  digunakan bagi pameran ini terdiri daripada panel yang telah dikitar semula daripada  papan iklan di sekitar bandar.  

ATMA KIRANA disokong oleh Yayasan TM (YTM) melalui ‘Digital Tech Incubator  Programme (DTI)’. ATMA KIRANA turut dijayakan oleh Pixel World, Helio Media,  iNYALA, Filamen, PORT Ipoh, Converse Malaysia, dan RUBIX Communications.

ATMA KIRANA

Dalam pada itu, beberapa program sokongan seperti sesi perkongsian oleh artis serta  bengkel bakal diadakan bagi meraikan pameran ini.  

Justeru, seiring dengan sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal  menjelang, Balai Seni Negara menjemput orang ramai untuk melawat karya seni yang  menerapkan nilai dan prinsip rukun negara agar ianya dapat dihayati dan dijadikan  amalan dalam kehidupan seharian. 

Pameran ini dibuka kepada orang ramai sehingga 30 Oktober 2023 dan masuk  adalah percuma. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.artgallery.gov.my atau ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara. 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.