Tolong Suapkan Makanan, Farrah Titip Pesan “Terima Kasih Suami, Berikan Tangan”
Kisah ketabahan individu kelainan upaya (OKU), Farrah Syahirah pernah menjadi viral sebelum ini. Melalui perkongsian-perkongsian yang dibuat di media sosial, ramai mengagumi kecekalan yang ditunjukkan oleh wanita berkenaan dalam menjalani kehidupan seharian.
Julai lepas, beliau melangkah ke gerbang perkahwinan apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Zulfahmi Syahrul.
Warga maya turut tumpang gembira dan berkongsi rasa syukur apabila mendengar berita gembira tersebut. Malah, warga maya juga tidak henti-henti mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaannya.
Menerusi sebuah hantaran di TikTok (@norfarrahsyahirahshaari), Puan Farah berkongsi satu video yang cukup istimewa yang dapat menyimpulkan rasa syukurnya selepas berumah tangga.
Netizen terharu tengok suami tolong suap makan, Farrah ucap terima kasih suami berikan tangan
”Terima kasih Zul (suami), berikan tangan untuk melengkapi dan menutupi segala kekurangan ku,” kata Puan Farah melalui kapsyen yang dimuat naik bersama video berkenaan.
Mungkin, perbuatan ini kelihatan normal dalam kalangan pasangan suami isteri, namun ia memberikan perasaan yang luar biasa buat Puan Farrah.
Untuk makluman, Puan Farrah merupakan seorang wanita yang dilahrikan tanpa kedua-dua belah tangan. Sebelum ini, beliau banyak bergantung kepada kedua-dua belah kaki untuk memenuhi keperluan urusan hariannya. Ini termasuklah aktiviti menulis, memandu dan sebagainya.
Dalam video yang berdurasi satu minit itu, Puan Farrah bersama suaminya sedang menjamah satu juadah bersama-sama di dalam sebuah kereta.
Senyuman kebahagiaan jelas terpancar pada wajah Puan Sarah saat menjamah makanan yang disuapkan oleh suaminya.
Suaminya telah menyuapkan makanan kepada isterinya, pada masa yang sama meniupkannya agar makanan tersebut tidak menjadi terlalu panas.
“Syukur alhamdulillah.. Semoga kita sentiasa happy selalu dan bahagia dengan cara kita,”
@norfarrahsyahirahshaari Terima kasih suami @ZuL berikan tangan untuk melengkapi dan menutupi segala kekuranganku.. Syukur alhamdulillah.. Semoga kita sentiasa happy selalu dan bahagia dengan cara kita❤️❤️ #tiktokmalaysia🇲🇾 #fypシ゚viral #fypシ
Rata-rata warga maya sebak melihat perkongsian tersebut
Video pendek tersebut telah meraih perhatian pengguna media sosial di Malaysia, khususnya pengguna TikTok. Setakat pukul 12 tengah hari ini, video terbabit telah meraih sebanyak 546.6k jumlah tontonan.
Pada masa yang sama, klip berdurasi satu minit itu turut mendapat 37.7K likes dan 2354 komen daripada pengguna TikTok.
Rata-rata tersentuh dengan sifat suaminya yang sangat memahami keadaan isterinya. Ada yang menyifatkan suami Farrah sebagai ‘Lelaki Kiriman Tuhan’.
“Bayangkan berpuluh tahun dia guna kaki untuk semua hal, Allah yang Maha Baik hantarkan ‘tangan’ untuk dia. Doa banyak Allah Maha Penolong,” tulis komen seorang pengguna.
Terdahulu, Puan Farrah dan suaminya selamat disatukan pada 23 Julai 2023 di Masjid Al-Ma’ruf Parit Lima, Sungai Sumun, Perak.
BACA: Betul Ke PRN Boleh Tukar Kerajaan Persekutuan? Ini Beza Antara PRU Dengan PRN
Sumber: norfarrahsyahirahshaari via TikTok