Siakap Keli
almari berkulat
Kredit: Bezerra Good Tips/Facebook

Almari Berkulat? Guna Dua Bahan Ini Untuk Cegah Dan Hilangkannya

Almari Berkulat? Guna Dua Bahan Ini Untuk Cegah Dan Hilangkannya

Almari pakaian merupakan barangan keperluan yang wajib ada dalam setiap rumah, tidak kira sama ada jenis kain ataupun kayu asalkan ia menjalankan tanggungjawabnya sebagai almari.

Kalau nak tahu, kebiasaannya penduduk dari negeri Johor memanggil almari ini sebagai ‘gobok’ contohnya:

“Tolong ambil baju dekat gobok”

Sebutan itu sehingga kini masih tidak dapat dikenal pasti dari mana kedatangannya, segelintir mereka menyatakan ia adalah perkataan asal bahasa Jawa.

Namun, kesahihannya masih belum diketahui tetapi apa yang pasti adalah gobok atau almari ia menunjukkan kepada barangan yang sama.

Walaupun perkataanya berbeza, almari atau gobok yang ada di rumah anda mesti mempunyai kulat, organisma yang boleh mencemarkan baju.

Artikel kali ini bukan nak membahaskan tentang penggunaan gobok, namun lebih kepada berkongsi cara menghilangkan kulat yang ada pada barangan tersebut.

Jadi macam mana nak hilangkan kulat pada gobok ini? 

Mari ketahuinya cara atau tips untuk menghilangkan organisma jahat melalui perkongsian video yang dibuat oleh Bezerra Good Tips di Facebook tanpa memerlukan wang yang banyak.

Tips berguna hilangkan kulat pada almari 

1. Ambil dan sediakan satu bekas kecil bersama penutup (kebiasaannya bekas ini digunakan untuk meletak sambal).

Kredit: Bezerra Good Tips/Facebook

2. Kemudian, buat lubang pada bahagian penutup, dengan cara panaskan garpu dan letakkan bahagian hujung garpu yang tajam di penutup dan cipta lubang.

Kredit: Bezerra Good Tips/Facebook

3. Langkah seterusnya, ambil dua sudu garam kasar dan letakkan dalam bekas kecil itu.

Kredit: Bezerra Good Tips/Facebook

4. Seterusnya, tuang cecair pelembut di dalam bekas yang sama. Gunakan apa-apa jenama yang ada di rumah anda.

Kredit: Bezerra Good Tips/Facebook

5. Tiada jumlah yang ditetapkan, hanya letak sedikit, bak kata orang Melayu – agak-agak.

6. Gaulkan semua bahan tersebut. Pastikan tidak terlalu cair, dan tidak terlalu pekat. Bahan itu perlulah menjadi ‘paste’. Sekiranya terlalu kering, tambahkan sedikit pelembut.

Kredit: Bezerra Good Tips/Facebook

7. Tutup bekas tersebut menggunakan penutup dan letakkan bahan tersebut di tempat yang anda mahu, yang mempunyai lembapan yang banyak.

Kredit: Bezerra Good Tips/Facebook

Menerusi video tersebut, ia menyatakan garam kasar menyerap lembapan yang ada di kawasan tersebut.

Ia akan mencegah pakaian untuk dijangkiti kulat.

Pelembut pula berfungsi memberi bau yang wangi kepada baju-baju yang ada di dalam almari.

Selamat mencuba!

https://www.facebook.com/watch/?v=119825631163037

Sumber: Bezerra Good Tips/Facebook

BACA: Remaja Maut Dihempap Almari, Sangka ‘Almari’ Itu Pintu Tandas

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.