Siakap Keli
Shuib saman fitnah freemason
Kredit Instgaram/ Shuib

Dituduh Ahli Freemason, Shuib Nekad Saman Individu Sebar Fitnah

Dituduh Ahli Freemason, Shuib Nekad Saman Individu Sebar Fitnah

Shuib pada hari ini menegaskan bahawa beliau akan meneruskan saman fitnah yang mengaitkan dirinya serta arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang didakwa sebagai ahli Freemason, lapor Sinar Harian.

Shahmira Muhammad, 39 atau lebih dikenali sebagai Shuib berkata, tindakan saman itu diambil sebagai amaran dan kesedaran kepada pengguna media sosial yang lain.

“Saya mengambil tindakan ini sebagai seorang warganegara yang prihatin terhadap budaya Malaysia yang saling menghormati antara satu sama lain.

“Ia adalah satu panggilan kepada mereka yang suka sebarkan fitnah tanpa bukti yang kukuh untuk berhenti melakukan perkara tersebut,” katanya dalam satu sidang media pada Khamis.

Hantaran fitnah mengaitkan arwah Siti Sarah

Sebelum ini, seorang pengguna media sosial telah membuat hantaran yang memfitnah arwah isteri Shuib. Hantaran individu tersebut mendakwa kematian Siti Sarah berkaitan dengan agenda vaksin Covid-19.

Menurut hantaran itu lagi, individu tersebut turut membuat tuduhan di mana Siti Sarah dipaksa untuk ditidurkan sebagai bukti keberkesanan vaksin.

Bagaimanapun, isteri Shuib itu akhirnya telah meninggal dunia.

Kenyataan individu terbabit dikatakan berpandukan sekeping gambar muat naik Shuib bersama isteri baharunya, Watie.

Gambar muat naik itu menunjukkan pasangan itu dilihat menutup sebelah mata mereka dan dikaitkan dengan organisasi rahsia tersebut yang sinonim dengan perbuatan itu.

Sementara itu, Shuib juga bertegas bahawa perkara itu sebagai titik permulaan yang positif untuk melawan fitnah yang diberikan kepada dirinya.

Saya percaya bahawa tanggungjawab untuk menentang fitnah bukan sahaja terletak kepada individu yang teraniaya, tetapi kepada kita semua sebagai sebuah masyarakat,” ujarnya.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Terdahulu, Shuib berlapang dada memaafkan seorang individu yang dikatakan telah membuat tuduhan fitnah ke atas dirinya mengenai kematian arwah Siti Sarah.

Shuib bertindak sedemikian di hadapan individu itu sendiri dalam satu sesi perjumpaan secara bersemuka.

“Saya maafkan awak, saya doakan awak dan harap isu ini tidak mengganggu kerjaya dan keluarga awak.

“Awak berani angkat telefon, berani datang hari ini, kira awak gentle lah,” ujarnya.

Kedua-dua mereka akhirnya dilihat saling bersalaman sesama sendiri menandakan konflik yang tercetus dipercayai akan berakhir menuju jalan damai.

Sumber: Sinar Harian 

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.