Siakap Keli
Cara Buat Pewangi Rumah
Kredit TikTok/@ericalasri

Hanya Guna Empat Bahan, Lelaki Kongsi Cara Buat Pewangi Rumah DIY Bau Hotel Lima Bintang

Hanya Guna Empat Bahan, Lelaki Kongsi Cara Buat Pewangi Rumah DIY Bau Hotel Lima Bintang

Bagi mereka yang gemar bercuti dan menginap di hotel-hotel pasti pernah merasai pengalaman, di mana bau-bauan yang digunakan sangat menarik dan menyegarkan.

Terutamanya bagi hotel-hotel mewah yang elegan, mereka pasti akan mempunyai keunikan bau yang menyegarkan bagi menyambut tetamu.

Bau itu pula mempunyai ciri tersendiri bagi setiap hotel-hotel yang dimiliki syarikat yang berlainan.

Apa tips yang boleh dilakukan untuk mendapatkan bau yang segar tersebut?

Justeru, penulisan pada hari ini akan berkongsikan bagaimana tips untuk menghasilkan pewangi ala hotel tersebut.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh seorang pengguna TikTok @ericalasri menerusi hantaran muat naik tips DIY tersebut.

Menurut lelaki tersebut, terdapat empat bahan utama untuk membuat pewangi itu.

Kredit TikTok

Empat bahan tersebut adalah garam kasar, bunga cengkih, kulit kayu manis dan pewangi atau pelembut pakaian.

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah mencari bekas atau apa-apa barangan yang boleh dikitar semula untuk dijadikan bekas campuran bahan tersebut.

Sebagai contoh, lelaki di dalam video tersebut telah menggunakan botol air minuman plastik yang dipotong di bahagian bawahnya.

Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan meletak garam kasar ke dalam bekas yang disediakan.

Untuk garam kasar dan bunga cengkih, tiada sukatan khusus yang ditetapkan untuk menghasilkan pewangi tersebut.

Kredit TikTok

Selesai masukkan garam dan bunga cengkih, tambah sebatang kulit kayu manis ke dalam campuran bahan tadi.

Yang terakhir adalah dengan memasukkan pewangi atau pelembut pakaian yang menjadi pilihan anda.

Pewangi pakaian juga tiada sukatan khusus yang ditetapkan, sebaliknya anda boleh letakkannya sehingga bahan tadi bercampur dengan pewangi pakaian.

Kredit TikTok

Selesai sahaja proses tersebut, kini anda sudah boleh letak pewangi tadi di kawasan yang menjadi tumpuan atau kegunaan utama.

Antara kawasan yang boleh diletak adalah di ruang tamu dan bilik tidur.

Perkongsian tersebut sehingga kini telah ditonton lebih 2.1 juta tontonan pengguna media sosial tersebut.

Penonton juga sempat meninggalkan komen mereka berkenaan projek diy pewangi tersebut yang dilihat sebagai sesuatu yang menarik.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Betul saya dah buat, memang wangi,” tulis seorang netizen yang sudah mencuba tips tersebut.

“Perkongsian yang terbaik, boleh cuba,” tulis seorang lagi netizen.

“Bagus perkongsian yang baik. Terima kasih sahabat,” tambah seorang lagi.

@ericalasri

Ada macam-macam cara orang duk buat. Yang ni cara aku lah. Aku buat yang mudah je. Setakat ni jadi je. Masuk je rumah bau fresh & mahal ala ala bau hotel 5 ⭐

♬ Sweet but psycho(抖音完整版) – 苏瞳

Sumber: TikTok/@ericalasri

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: