“Alhamdulillah Terima Kasih,” Farid Kamil Muat Naik Video Sedang Bersuluk
Pelakon tanah air, Farid Kamil kini menjadi tumpuan perhatian ramai susulan memuat naik dirinya sedang bersuluk di salah sebuah masjid.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Farid yang berusia 42 tahun itu, dilihat sedang melakukan proses bersuluk di mana dia dipakaikan serban oleh seorang ustaz.

Semasa proses itu berlaku, selebriti tersebut hanya memaparkan senyum gembira disaksikan oleh beberapa jemaah yang berada di masjid tersebut.
Orang ramai yang berada disekelilingnya mengambil peluang merakam detik berharga artis tersebut melakukan proses bersuluk.
Walaupun niatnya tidak dikatakan namun dia dipercayai sedang melakukan pengasingan diri atau ‘ber’uzlah’ untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Dia turut memaparkan beberapa gambar bersama jemaah ketika dirinya berada di masjid berkenaan.


Perkara itu sekali gus membuatkan warga maya tumpang gembira dengan keputusan yang dibuat dan rata-rata mereka hanya mampu menitip doa supaya perjalanannya dipermudahkan.
Dalam pada itu, Farid Kamil atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari meluahkan rasa syukur dengan sokongan yang diberikan orang ramai selepas media memaklumkan mengenai berita penceraiannya.
Katanya, sebagai manusia dia hanya boleh berusaha dan tawakal dan selebihnya ia bergantung kepada kuasa yang Maha Besar.
“Alhamdulillah. Terima kasih semua yang mendoakan. Saya pun doakan hampa semua bahagia dunia akhirat.
“Kita boleh rancang, kita boleh usaha, ketetapan tetap pada yang punya Kuasa,” memetik kapsyen itu.
View this post on Instagram
Farid, Diana sah bercerai talak satu
Sebelum ini, media melaporkan Farid Kamil dan isterinya yang juga pelakon Diana Danielle hari ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bistari.
Farid melafazkan cerai talak satu terhadap Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, secara dalam talian (Google Meet) di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan wanita itu.
Pada 10 Mac lepas, Diana memfailkan permohonan cerai terhadap Farid mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq serta tidak lagi mampu hidup bersama sebagai suami isteri.
Pasangan itu yang berkahwin pada 3 Nov 2012 dikurniakan dua anak, Muhammad, 10, dan Aurora, 8.
Sumber: faridkamilz/Instagram