Siakap Keli
Tuntung Laut Terry Bersama The Coffee Bean

Selamatkan Tuntung Laut Terry Bersama The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Kuala Lumpur, 7 Ogos 2023 – Tahun ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia (CB&TL Malaysia) berganding tangan dengan Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu Malaysia (TCS) untuk melindungi tuntung laut tempatan kita yang terancam. Sebagai sebahagian daripada program ‘Caring Cup’ CB&TL Malaysia, kempen ‘Save Terry’ bertujuan membangkitkan kesedaran dan menyatukan rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyokong usaha pemuliharaan penyu.

Inisiatif terbaharu ini mencerminkan misi CB&TL Malaysia untuk mencetuskan perubahan bermakna menerusi program ‘Caring Cup’ jangka panjang kami. Pada tahun lalu, kami telah bekerjasama dengan Daryl Kho, seorang pengarang Malaysia yang memenangi anugerah, untuk menganjurkan sesi pembacaan buku awam bagi novel fantasi kanak-kanak terlarisnya ‘Mist-Bound: How to Glue Back Grandpa’, yang berdasarkan perjalanan peribadinya bersama insan tersayang yang menghidap demensia. Selain meningkatkan kesedaran tentang penyakit itu, kerjasama itu mendapat sokongan padu daripada rakyat Malaysia dan berjaya mengumpul RM30,000 untuk Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia (ADFM). Dana tersebut disalurkan khususnya kepada latihan penjagaan demensia, bagi memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan untuk memberikan penjagaan terbaik kepada orang yang bergelut dengan demensia.

Tuntung Laut Terry Bersama The Coffee Bean

“Sama seperti dedikasi kami untuk menyampaikan pengalaman positif di kafe kami, CB&TL Malaysia turut menjadikan perubahan positif dalam komuniti sebagai teras perniagaan kami. Menerusi Program ‘Caring Cup’, kami menyatukan semua untuk mengambil berat tentang isu-isu yang penting untuk komuniti kami. Sokongan yang tidak ternilai daripada pelanggan serta kru barista kami telah menjadi penggerak teguh di sebalik kejayaan inisiatif-inisiatif kami selama ini. Tiada kata-kata yang dapat mengungkapkan penghargaan kami kepada mereka,” kata Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran & Inovasi, CB&TL Malaysia.

“Tahun ini, usaha kami diterjemahkan melalui pemuliharaan alam sekitar, dengan memberi tumpuan kepada spesies tuntung laut yang kurang dikenali di Malaysia. Menerusi kempen ‘Save Terry’ terbaharu kami, kami ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai kami dalam penjagaan dan pemuliharaan tuntung terancam ini. Marilah kita membentuk satu warisan kemanusiaan dan tanggungjawab alam sekitar untuk generasi akan datang,” tambah Fiona. 

Tuntung laut merupakan spesies unik yang berasal dari sungai air tawar di Malaysia yang sedang menghadapi ancaman kepupusan. Disebabkan kemusnahan habitat, pemburuan haram telurnya untuk dimakan dan pencemaran, populasi tuntung laut telah menurun secara drastik dalam beberapa tahun ini, sekaligus menjadi satu spesies yang sangat terancam.

Kempen Save Terry, yang merupakan kolaborasi antara CB&TL Malaysia dengan TCS, menyediakan pelbagai saluran kepada orang ramai untuk merancakkan lagi pemuliharaan tuntung laut. Rakyat Malaysia boleh membuat sumbangan peribadi dengan “mengadopsi” tuntung laut melalui TCS di mana-mana kafe CB&TL Malaysia, atau secara dalam talian menerusi satu laman mikro khusus. Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh menunjukkan sokongan mereka dengan membeli “Terry-pin” eksklusif pada RM15 setiap satu. Dengan membeli empat pin, mereka akan menjadi ‘pengadopsi’ tuntung laut secara automatik. Semua hasil daripada jualan ‘Terry-pin’ akan disalurkan terus kepada TCS, sekali gus mengukuhkan lagi usahanya dalam melindungi dan memulihara populasi tuntung laut.

Tuntung Laut Terry Bersama The Coffee Bean

Sekiranya anda juga ingin menyokong TCS dengan cara lain, barangan ‘Save Terry’ yang eksklusif akan mula dijual di kedai-kedai CB&TL Malaysia dalam masa terdekat. Sebahagian peratusan tetap hasil jualannya akan disalurkan secara langsung kepada TCS bagi menyokong usaha pemuliharaan organisasi itu.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen dan program ‘Caring Cup’ kami, layari laman web kami di https://www.coffeebean.com.my/saveterry. Lebih maklumat tentang tawaran terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, berita dan promosi boleh didapati di laman Facebook kami www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, akaun Instagram @coffeebeanMY, akaun TikTok @coffeebeanMY, atau laman web rasmi www.coffeebean.com.my.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.