Siakap Keli
kesesakan luar biasa duke blackout
Kredit: Twitter

Tular Kesesakan Luar Biasa di Tol Lebuh Raya DUKE, Dipercayai Alami Masalah Teknikal

Tular Kesesakan Luar Biasa di Tol Lebuh Raya DUKE, Dipercayai Alami Masalah Teknikal

Tular beberapa video yang menunjukkan situasi kesesakan luar biasa yang berlaku di Plaza Tol Ayer Panas di Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (DUKE) hari ini.

Antara video yang menjadi tular hari ini adalah rakaman yang dikongsikan oleh pengguna Twitter dengan nama (@kool101my).

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat situasi kesesakan luar biasa dengan kenderaan kelihatan hampir tidak bergerak. Apabila melihat di bahagian kawasan berbumbung plaza tol tersebut, kesemua lorong menunjukkan lampu isyarat berwarna merah.

Kesesakan luar biasa Plaza Tol DUKE jadi viral

Dalam keadaan biasa, lampu isyarat seringkali menjadi panduan kepada pengguna jalan yang menunjukkan sesuatu lorong tersebut tidak boleh dilalui.

Dalam thread berkenaan, akaun berkenaan mendakwa kejadian tersebut berlaku akibat masalah gangguan bekalan elektrik. Bagaimanapun, dakwaan berkenaan tidak disahkan.

Dalam pada itu, tinjaun SK di twitter rasmi Lebih Raya DUKE (@LebuhrayaDUKE), aliran trafik di Plaza Tol Ayer Panas dilaporkan sesak susulan masalah teknikal yang dialami di plaza tol tersebut.

Namun begitu, tiada maklumat lanjut dikongsikan apakah punca kepada masalah teknikal yang berlaku.

Susulan itu, bagi mengatasi situasi kesesakan berkenaan, syarikat konsesi lebuh raya tersebut telah membuka empat lorong tunai bagi pengguna.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan pihak Lebuh Raya DUKE, masalah teknikal berlaku dipercayai sekita jam 3 petang tadi.

Sungguhpun begitu, semua lorong di Plaza Tol Ayer Panas telah dibuka semula untuk pengguna pada 3.26 petang.

Lebuh Raya DUKE turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan dialami oleh penggunanya.

BACA: “Bukan Kemahiran Bercakap, Tapi…”, Rafizi Dedah ‘Rahsia’ Nak Jadi Pendebat Yang Bagus

Sumber: @LebuhrayaDUKE & @kool101my via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.