Siakap Keli
iva AA pengundi awal dun klang
Kredit: Sinar Harian

7.10 Dah Sampai, Diva AA Antara Pengundi Paling Awal Dun Hulu Klang

7.10 Dah Sampai, Diva AA Antara Pengundi Paling Awal Dun Hulu Klang

Personaliti sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali Diva AA menjadi pengundi awal yang hadir ke pusat pengundian bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Hulu Klang di Sekolah Kebangsaan Klang Gate hari ini.

Memetik Sinar Harian, Azwan telah hadir di pusat pengundi agak awal iaitu seawal jam 7.10 pagi. Perkara ini disifatkan luar biasa kerana semua pusat pengundian di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan dijadualkan untuk dibuka serentak bermula jam 8 pagi.

Dalam konteks demografi politik di Malaysia, Diva AA merupakan personaliti yang yang sering dinanti-nantikan setiap kali pilihan raya disebabkan semangatnya untuk menyokong amalan demokrasi di Malaysia.

Menurut rekod, beliau sering hadir awal ke pusat pengundian dan pernah mendapat pujian kerana etika baik yang ditunjukkan semasa menjadi calon pilihanraya sebelum ini.

Malah, Azwan kelihatan terharu apabila media sering menantikan kehadirannya dirinya sewaktu hari pengundian.

Namun begitu, sosok ini mendedahkan satu perkara yang mengejutkan

Ketika ditemu bual media, Diva AA mengaku beliau pada mulanya mengambil keputusan untuk tidak mengundi pada PRN kali ini.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat kerana merasa muak dengan pergolakan yang sering berlaku dalam dunia politik di Malaysia.

Namun begitu, beliau membuat pertimbangan semula selepas berfikir panjang semalam dan menjadi satu kerugian sekiranya tidak keluar mengundi.

Diva AA berpendapat satu undi daripadanya mungkin mampu menjadi penentu dalam memilih pemimpin yang berwibawa memimpin negeri.

“Saya harap undi saya membantu. Saya percaya satu undi itu akan membantu,”

Baginya, ini bukan soal menang atau kalah tetapi kemampuan kita untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat di Malaysia.

“Soal menang atau kalah calon yang kita undi itu, itu bukan isunya. Isunya, adakah kita sudah menunaikan tanggungjawab.”

Beliau turut menyeru orang ramai untuk turun mengundi walaupun tinggal di tempat yang berjauhan dari pusat pengundi.

“Saya dengar jalan semua menjadi sesak untuk ke Pantai Timur, yang mana ia merupakan satu tanda yang baik,”

Apabila ditanya mengenai soalan mengenai abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang turut bertanding di Dun berkenaan, Diva AA membalas bahawa pertalian darah tidak mempengaruhi undinya.

“Siapa saya undi? Jawapan saya senang, bukan darah daging jadi percaturan,”

 

Pada PRU14 lalu, Mohamed Azmin telah bertanding di DUN Bukit Antarabangsa dan memenangi kerusi itu atas tiket PKR sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Untuk makluman, DUN Hulu Kelang dimenangi Saari Sungib dari Amanah mewakili PH pada pilihan raya lepas pada 2018.

Saari memperoleh majoriti 15,349 undi selepas meraih 25, 746 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Ahmad (10,397) undi dan calon Pas, Farhan Kamalul Hysham (7,573) undi.

BACA: Dr Zulkifli Kongsi Panduan Ringkas Nak Pilih Calon Terbaik Masa Mengundi Pilihan Raya

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.