Siakap Keli
Mohd Amar kekal di DUN Panchor
Kredit BERNAMA

Naib Presiden PAS Mohd Amar Kekal Di DUN Panchor

Naib Presiden PAS Mohd Amar Kekal Di DUN Panchor

KOTA BHARU, 12 Ogos  (Bernama) — Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengekalkan kemenangan buat kali keempat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor selepas menewaskan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini, Mohd Amar menang dengan majoriti 10,686 undi.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu mendapat 18,700 undi mengalahkan calon PH yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain yang memperoleh 8,014 undi.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd Amar menang dengan majoriti 7,288 menewaskan dua lagi pencabarnya dari PH dan Barisan Nasional (BN).

Mohd Amar yang berusia 64 tahun itu merupakan penyandang kerusi DUN Panchor sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.