Siakap Keli
PAS pertahan Terengganu
Kredit BERNAMA

PRN: PAS Pertahan Terengganu Dengan Majoriti Dua Pertiga – SPR

PRN: PAS Pertahan Terengganu Dengan Majoriti Dua Pertiga – SPR

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — PAS mempertahankan Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan majoriti dua pertiga berdasarkan data rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setakat 10.20 malam, PAS memperoleh 24 kerusi daripada keseluruhan 32 kerusi dipertanding.

Baca: “Ada Masa Tapau Lagi Jimat,” Lelaki Kongsi Bajet Bulanan Keluarga, Siap Boleh Makan ‘Western’ Hujung Bulan

Antara keputusan terawal diumum ialah kerusi Ru Rendang yang dipertahan Naib Presiden PAS merangkap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selepas beliau memperoleh 20,927 undi menewaskan calon PH Suhaimi Sulaiman yang memperoleh 3,641 undi.

DUN Terengganu dibubarkan pada 28 Jun selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 , PAS membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN manakala BN memperoleh 10 kerusi.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.