Siakap Keli
Chow Kon Yeow Menteri Pulau Pinang
Gambar: Bernama

Chow Kon Yeow Selesai Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang

Chow Kon Yeow Selesai Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang

GEORGE TOWN — Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, 65, hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri negeri tersebut bagi penggal kedua, lapor  Awani.

Difahamkan, istiadat upacara Sumpah Istiadat Pengurniaan Surat cara pelantikan, mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah rahsia berlangsung di Seri Mutiara.

Pada jam 9.30 pagi tadi, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota selesai melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Dalam majlis istiadat tersebut, isteri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Toh Puan Seri Utama Khadijah Mohd Nor turut dilaporkan hadir.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh isteri Kon Yeow, Tan Lean Kee; mantan Ketua Menteri Pulau Pinang dan merangkap Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Sayuthi Bakar; dan pimpinan Barisan Nasional (BN) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu, Kon Yeow telah bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota.

Beliau secara rasmi menang mudah dengan mengetepikan calon Perikatan Nasional (PN) – Gerakan, H’Ng Khoon Leng (1,145) dengan majoriti 7,116 pada malam tadi.

BACA JUGA: PRN: Ini Keputusan Penuh Di Keenam-Enam Negeri

Oleh itu, Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu itu membentuk gabungan PH-BN selepas berjaya merebut 29 kerusi DUN daripada 40 kerusi yang dipertandingkan dalam PRN kali ini.

Untuk makluman, Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN manakala 13 kerusi diperingkat Parlimen.

Pilihan Raya Negeri (PRN)

Semalam, sebanyak enam negeri yang terlibat dalam PRN kali ini iaitu, negeri Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Keputusan menyaksikan parti Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi di tiga negeri iaitu, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Manakala negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan masing-masing dipegang oleh parti gabungan PH-BN.

Secara keseluruhan, PN berjaya mendominasi 146 kerusi  sementara PH-BN memperolehi 99 kerusi daripada 245 kerusi DUN yang dipertandingkan dalam PRN kali ini.

Sumber: Astro Awani

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.