Siakap Keli
inovasi saintifik pendidikan fadhlina
Gambar: Facebook Fadhlina Sidek

Inovasi, Penemuan Saintifik Bantu Selesai Isu Pendidikan – Fadhlina

Inovasi, Penemuan Saintifik Bantu Selesai Isu Pendidikan – Fadhlina

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Manfaat inovasi, daya cipta, kreativiti, penemuan saintifik dan rekaan teknologi baharu perlu dirasai masyarakat, selain menjadi penyelesaian kepada isu dan kemelut dalam pendidikan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata demikian menerusi hantaran di Facebooknya pada semalam sempena Konvensyen Penyelidikan, Komuniti Pembelajaran Profesional dan Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi Kali Ketiga di Seremban, Negeri Sembilan yang dihadirinya semalam.

Katanya, program berkenaan penting untuk memastikan pendidikan yang dibawa kekal relevan dalam pembangunan teknologi dan ilmu pengetahuan yang pesat.

BACA JUGA: “Sudah-sudahlah Berpolitik, Sekarang Masa Bekerja” – Fadhlina Sidek

“Tema yang diangkat kali ini “Pendidikan Tersedia Masa Hadapan (Future Ready Education): Memperkasa Pembangunan Modal Insan”.

“Saya menghargai semua yang hadir berpartisipasi dan memberi sumbangan untuk program ini,” katanya.

Sumber: BERNAMA 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.