Siakap Keli
kanak-kanak enam tahun cedera didera
Kredit BERNAMA

Kanak-Kanak Enam Tahun Cedera Didera Bekas Teman Lelaki Ibu

Kanak-Kanak Enam Tahun Cedera Didera Bekas Teman Lelaki Ibu

JOHOR BAHRU, 15 Ogos (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun cedera di bibir dan muka dipercayai didera bekas teman lelaki ibunya di sebuah rumah di kawasan Kampung Sinaran Baru, Kempas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 25 tahun, mengenai kejadian itu kira-kira 10.39 pagi, semalam

Beliau berkata susulan itu, polis menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 29 tahun di sini, kira-kira 11.05 malam tadi.

Baca: “Ada Masa Tapau Lagi Jimat,” Lelaki Kongsi Bajet Bulanan Keluarga, Siap Boleh Makan ‘Western’ Hujung Bulan

“Kanak-kanak itu yang cedera di bibir dan muka, telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah bagi rawatan lanjut. Permohonan reman akan dibuat pada pagi ini di Mahkamah Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan didenda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.