Siakap Keli
bunuh kembar Autisme
Kredit Mothership

Lelaki Tergamak Bunuh Anak Kembar Hidap Autisme, Hanya Kerana Nak Ringankan Beban Isteri

Lelaki Tergamak Bunuh Anak Kembar Hidap Autisme, Hanya Kerana Nak Ringankan Beban Isteri

Seorang lelaki warga Singapura mengaku bersalah di mahkamah pada 15 Ogos 2023 atas tuduhan membunuh anak kembarnya sehingga mati di sebuah taman permainan di Greenridge Crescent pada 21 Januari 2022, lapor Mothership.

Dua anak lelaki kembar suspek ketika kejadian dilaporkan masing-masing baru berusia 11 tahun.

Lelaki berusia 50 tahun itu pada awalnya menghadapi dua pertuduhan pembunuhan terhadap dua anak kembarnya itu.

Bagaimanapun, pertuduhan dikurangkan selepas dia didapati mengalami gangguan kemurungan dengan tahap sederhana semasa kesalahan tersebut dilakukan.

Suspek telah terlepas hukuman mati tetapi kini dia bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup dengan sebatan rotan, atau penjara sehingga 20 tahun dan denda atau rotan.

Menurut dokumen yang dibacakan di mahkamah pada 15 Ogos 2023, suspek tinggal bersama isteri dan dua anak lelaki mereka di sebuah unit di Toh Tuck Road. Isterinya merupakan ibu kandung kepada dua anak lelaki kembar tersebut.

Kembar alami masalah Autisme

Dua anak lelaki suspek disyaki menghidap gangguan spektrum autisme (ASD) sejak berusia dua tahun.

Selain itu, mereka secara rasmi disahkan menghidap ASD dan Global Development Delay (GDD) ketika berusia sekitar tujuh tahun.

Dua kembar tersebut telah didaftarkan ke sekolah rendah arus perdana ketika mereka berumur sembilan tahun dan masih tidak boleh berbicara.

Oleh kerana masalah pembelajaran itu, isterinya dan pembantu rumah keluarga masing-masing akan menemani seorang anak ke kelas mereka di sekolah.

Suspek dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan anak-anak lelakinya dan biasanya tidak menggunakan kekerasan fizikal untuk mendisiplinkan mereka.

Malah dia membantu menyediakan keperluan harian anak-anak itu dan membeli barang-barang yang mereka mahukan.

Suspek juga terlibat dalam pelajaran kembarnya dan menghabiskan lebih banyak masa bersama mereka selepas memulakan sekolah rendah.

Bagaimanapun, suspek menjadi semakin bimbang pada 2019 hingga 2020 apabila dia percaya bahawa isterinya tidak dapat menerima keadaan kembarnya itu.

Menjelang September 2021, dia menyedari bahawa isterinya ‘sentiasa marah dengan mangsa’ dan mula mempunyai idea untuk membunuh diri.

Pada awal 2022, suspek memutuskan untuk membunuh anak kembarnya dan dirinya sendiri kerana menyedari isterinya alami “tekanan dan kecewa”.

Perasaan itu hadir selepas anak kembarnya perlu dinilai untuk kekal berada di sekolah rendah tersebut.

Suspek merasakan bahawa isterinya “telah berputus asa” terhadap anak kembarnya dan berfikir bahawa membunuh mereka boleh “menghilangkan beban isterinya”.

Akhirnya cubaan membunuh diri serta kembarnya itu dirancang pada 21 Januari 2022.

Suspek memilih taman permainan berhampiran rumahnya di Greenride Crescent kerana dia tahu kawasan itu sunyi dan mempunyai padang terbuka yang besar.

Pada awalnya, dia membiarkan anak kembarnya itu bermain selama kira-kira 10 minit sebelum membawa mereka ke parit berhampiran.

Cara pembunuhannya sangat kejam, suspek dikatakan telah membenam kepala anak-anak ke dalam air sambil tangannya menekan dari belakang leher.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Selepas membunuh kedua-dua anak lelakinya, dia cuba untuk membunuh diri dengan menikam perut, dada dan belakangnya menggunakan pemecah ais yang dibawanya.

Perbuatan itu bagaimanapun tidak mendatangkan kecederaan yang serius sehingga boleh membunuhnya.

Suspek kemudiannya menggunakan dahan pokok dan batu sebesar penumbuk untuk memukul kepalanya dengan harapan boleh menyebabkan kecederaan otak.

Kejadian itu telah dibawa ke muka pengadilan dengan pihak pendakwaan meminta hukuman penjara 14 hingga 20 tahun kepada suspek.

Hukuman tersebut diminta kerana walaupun suspek mengalami masalah mental, dia masih boleh berfikir secara rasional dan koheren untuk kesalahan tersebut.

Pendakwa raya menekankan bahawa mangsa masih muda, terdedah dan mempercayainya sehingga mereka mengikutinya ke dalam parit tersebut.

Wakil pendakwaan menegaskan bahawa dua nyawa remaja telah hilang dan percaya bahawa hukuman yang diminta adalah sesuai dengan kesalahan tersebut.

Sumber: Mothership

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.