Siakap Keli
Bunyi ketukan misteri dari dalam tanah
Kredit X/@Mohneymaloloh2

Panik, Penduduk Kampung Digemparkan Dengan Bunyi Ketukan Misteri Dari Dalam Tanah

Panik, Penduduk Kampung Digemparkan Dengan Bunyi Ketukan Misteri Dari Dalam Tanah

Satu video yang memaparkan rakaman bunyi misteri dari dalam tanah telah tular di media sosial Indonesia.

Memetik Detik.com, bunyi itu dikatakan kedengaran seakan ketukan kuat dari dalam tanah dan ia disertai dengan getaran.

“Bunyi di dalam bumi. Bunyi dentuman di dalam bumi,” kata suara seorang lelaki yang merakam kejadian misteri tersebut.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa sumber, kejadian bunyi misteri itu didakwa berlaku di Kampung Moncek Tengah, Daerah Lenteng, Sumenep.

Rakaman video itu telah dikongsikan oleh seorang lelaki di laman X menggunakan nama @Mohneymaloloh2.

Perakam video itu turut memaklumkan bahawa selain mendengar bunyi tersebut, dia dan penduduk tempatan turut merasakan getaran setiap kali bunyi ketukan tersebut terjadi.

“Ia seperti orang sedang menggali perigi. Ada getaran dari dalam bumi,” sambung suara dalam video itu.

Kejadian bunyi misteri telah disahkan oleh polis tempatan

Sementara itu, kejadian itu turut disahkan oleh Ketua Polis Lenteng, AKP Bonda Wibowo.

Beliau mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku di Kampung Moncek tengah, Indonesia dan telah mendatangkan rasa panik kepada penduduk.

“Benar ia adalah fenomena semula jadi (berlaku di Kampung Moncek Tengak),” katanya ketika disahkan oleh Detik.

Menurut Bondan lagi, anggotanya kini telah berada di lokasi di mana penduduk mendengar bunyi misteri tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberikan butiran lanjut tentang fenomena alam yang berlaku di kampung itu.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Gempa Bumi Sederhana Telah Berlaku Di Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Gempa bumi sederhana dilaporkan berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi Indonesia pada jam 9.20 malam tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi tersebut berkekuatan magnitud 5.0.

Tambah MetMalaysia, gempa bumi berlaku pada jarak 160 kilometer Timur dari Palu, Indonesia dengan kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dilaporkan akan berlaku ekoran gempa sederhana tersebut.

Sumber: Detik.com, X/@Mohneymaloloh2

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.