Arab Saudi Larang Majikan Tak Bagi Kebenaran Kepada Pekerja Wanita Untuk Duduk
Arab Saudi– Majikan yang menghalang pekerja wanitanya untuk duduk semasa bertugas di Arab Saudi boleh dikenakan denda, lapor Gulf News.
Menurut pegawai Saudi, menghalang pekerja wanita untuk duduk semasa bertugas adalah melanggar undang-undang buruh Saudi dan boleh didenda sehingga SR3,000 (RM3,705).
Jurucakap Kementerian Sumber Manusia Saudi, Mohammed Al Razeqi menambah bahawa membiarkan pekerja wanita dalam bidang jualan dan di kaunter untuk kekal berdiri sepanjang masa adalah menyalahi undang-undang.
Undang-undang itu dibuat memandangkan profesion tersebut tidak memerlukan satu kedudukan berdiri yang berterusan.
“Pekerja wanita berhak berehat jika tidak memerlukan mereka untuk kekal berdiri. Ini bercanggah dengan hak mereka untuk berehat di kawasan yang ditetapkan,” kata pegawai itu kepada akhbar Okaz.
Tambahnya, menghalang pekerja wanita daripada duduk adalah melanggar undang-undang buruh yang boleh dihukum denda antara SR1,000 hingga SR3,000.
Kenyataan itu dibuat oleh pegawai tersebut sebagai menjawab aduan daripada pekerja wanita dalam sektor perabot di negara berkenaan.
Pekerja wanita mengadu alami keletihan badan
Mereka mendakwa alami keletihan badan selepas dihalang daripada duduk walaupun tiada pelanggan yang hadir untuk membeli barangan yang dijual.
Amaran pegawai itu dibuat ketika peningkatan penglibatan kaum wanita dalam kehidupan awam dan dorongan kuat untuk memperkasakan wanita di Arab Saudi.
Ia juga merupakan sebagai sebahagian daripada perubahan sosi0-ekonomi utama bagi negara tersebut.
BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma
Pada 2018, kerajaan negara itu telah membenarkan wanita untuk memandu buat pertama kalinya dalam sejarah.
Kebenaran terbaru itu menamatkan larangan yang dibuat berpuluh tahun dahulu ke atas wanita untuk memandu di negara tersebut.
Dalam satu lagi langkah meningkatkan pemerkasaan wanita, Arab Saudi membenarkan wanita mengembara tanpa kebenaran pengawal lelaki.
Selain itu, kebenaran untuk memohon pasport dan mengurangkan kawalan yang lama terhadap mereka turut ditamatkan.
Terdahulu, dua duta wanita telah dilantik dikalangan antara 11 utusan Arab Saudi yang diberikan peluang untuk menjadi wakil negara tersebut di peringkat global.
Mereka telah mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Raja Salman bin Abdulaziz awal tahun ini.
Sumber: Gulf News