Siakap Keli
inspektor mk k-clique

“Dengar Kata Dah Jadi Inspektor,” MK K-Clique Bagi Penjelasan Sebenar

“Dengar Kata Dah Jadi Inspektor,” MK K-Clique Bagi Penjelasan Sebenar

Para peminat K-Clique sudah lama menantikan berita mengenai perkembangan kumpulan rap tempatan ini dalam dunia hiburan di Malaysia. Salah seorang ahlinya, MK K-Clique kini telah aktif, baik dari segi pentas rap di Malaysia mahupun kerjaya lakonannya.

Bagi menjawab persoalan yang bermain di fikiran, Siakap Keli berjaya ‘menculik’ MK ke studio dan bertanya beberapa soalan mengenai perkembangan terkini. Pada awalnya, Siakap Keli telah bertanya salah satu soalan yang sering berlegar-legar dalam fikiran peminat K-Clique, khususnya MK sendiri.

Hala tuju 2023, lakonan atau rap?

“Sebenarnya, rap dan lakonan ini adalah dua benda yang sama tetapi diekspresikan dengan cara yang berbeza,” ujar MK.

Jelasnya, kedua-duanya memiliki matlamat yang sama iaitu, mengekspresikan emosi cuma dalam bentuk yang berbeza. Dalam rap, emosi diekspresikan menerusi bait-bait lirik manakala, emosi dalam lakonan pula dilontarkan menerusi lontaran dialog.

Berdasarkan pandangan peribadi MK sendiri, kedua-duanya memiliki persamaan dan MK memilih untuk menceburi kedua-duanya kerana kedua-dua dapat mengekspresikan apa yang MK rasa.

Berkenaan jadual aktiviti K-Clique pula, MK memaklumkan memang ada perancangan untuk menghasilkan album namun mungkin akan mengambil masa yang agak lama atas faktor kekangan masa.

Inspektor abang pedas MK K-Clique

Betul ke MK dah jadi Inspektor sekarang?

Sejak kebelakangan ini, dengar-dengar ada yang mengaitkan MK dengan inspektor? Adakah MK dah jadi inspektor sekarang atau sebaliknya?

Jelas MK, beliau kini sedang melakonkan watak ‘Abang Pedas’, iaitu watak seorang Inspektor dalam drama bersiri di platform penstriman Viu, I Love You Stupid yang ditayangkan setiap Rabu hingga Sabtu pada pukul 12.00 tengah hari.

Menurut MK, ‘Abang Pedas’ atau nama sebenarnya, Firman Ebrahim bukan sekadar seorang Inspektor yang tegas dalam drama ini.

Firman Ebrahim juga merupakan seorang pengawal peribadi bagi watak utama, Iris Nur Zakaria yang dilakonkan oleh Ezzanie Jasny.

Menariknya, drama I Love You Mr Stupid ini sebenarnya adaptasi daripada sebuah novel nukilan Melur Jelita yang juga memiliki tajuk sama.

Resepi MK ‘meresapi’ perwatakan Firman sebagai seorang inspektor yang tegas?

Seorang pelakon yang baik perlu memahami watak yang dibawanya dengan baik. Pemahaman yang baik dapat membantu pelakon untuk menghayati watak tersebut serta menampilkan aksi lakonan yang memukau.

Susulan itu, Siakap Keli sempat bertanya ‘rahsia’ MK berkenaan bagaimana beliau menjiwai watak inspektor yang tegas. Seperti yang kita tahu, watak inspektor secara umumnya adalah seorang tidak berkompromi atas sesuatu yang bertentangan dengan prinsipnya.

Bagi MK, watak Firman Ebrahim agak berbeza dengan dirinya yang agak bertentangan dengan personaliti dirinya.

“Agak sedikit mencabar sebab MK sendiri seorang yang tidak tegas dan seorang ceria,”

Namun, MK telah mendedahkan bahawa bapanya sebagai rujukan untuk jadi inspektor tegas.

“Bapa MK seorang Inspektor dan dia tegas seperti watak itu (Firman Ebrahim),”

“Kalau nampak Inspektor Firman sedang marah, itu sebenarnya rupa bapa MK sedang marah,”

Tidak hairanlah, MK dapat menjelaskan perwatakan Inspektor Firman dengan sangat tepat kerana beliau sendiri merupakan anak pegawai polis.

“Ada beberapa situasi, MK rujuk bapa MK yang memiliki perwatakan yang tegas,”

i love you stupid drama viu Bagi MK, watak Firman Ebrahim agak berbeza dengan dirinya yang agak bertentangan dengan personaliti dirinya. “Agak sedikit mencabar sebab MK sendiri seorang yang tidak tegas dan seorang ceria,” Namun, MK telah mendedahkan bahawa bapanya sebagai rujukan untuk jadi inspektor tegas. “Bapa MK seorang Inspektor dan dia tegas seperti watak itu (Firman Ebrahim),” “Kalau nampak Inspektor Firman sedang marah, itu sebenarnya rupa bapa MK sedang marah,” Tidak hairanlah, MK dapat menjelaskan perwatakan Inspektor Firman dengan sangat tepat kerana beliau sendiri merupakan anak pegawai polis. “Ada beberapa situasi, MK rujuk bapa MK yang memiliki perwatakan yang tegas,”

Apa yang menyebabkan MK sudi mengambil tawaran berlakon dalam I Love You, Stupid

Ketika mendapat tawaran berlakon untuk drama adaptasi tersebut, MK sejujurnya tidak mengetahui apa-apa langsung berkenaan novel I Love You, Stupid. Disebabkan populariti novel tersebut dalam kalangan pembaca. MK merasakan watak Inspektor Firman merupakan satu watak yang ‘hidup’.

Watak ‘Abang Pedas’ telah ‘dihidupkan’ sebagai seorang lelaki idaman dalam imaginasi pembaca-pembaca novel tersebut. Perwatakannya yang tegas dan memegang prinsip agama menyebabkan ramai pembaca yang jatuh hati dengannya.

Salah satu faktor mengapa MK tertarik untuk menerima tawaran tersebut adalah drama tersebut telah diarahkan oleh Eyra Rahman.

“Eyra Rahman merupakan pengarah yang terkenal dan ramai pelakon terkenal meminta khidmat dan tunjur ajar (daripadanya),”

Tambah MK, beliau dan pengarah wanita tersebut pernah bekerja sekali dalam satu drama sebelum ini dan melalui tunjuk ajarnya, MK dapat merasakan kemahiran lakonannya semakin bertambah baik.

Selepas menjalani penggambaran, apa pandangan MK mengenai I Love You, Stupid?

Biasanya perspektif pelakon semasa sebelum penggambaran dan selepas penggambaran akan berubah sama ada banyak mahupun sedikit. Semasa ditemu bual Siakap Keli, MK mengatakan bahawa beliau telah menjalani penggambaran drama I Love You, Stupid sebagai watak Firman Ebrahim selama enam bulan.

Sepanjang penggambaran tersebut, perwatakan Firman Ebrahim yang bersifat ‘green flag’ telah memberikan nafas baharu dalam kehidupan MK sendiri.

“MK belajar dari watak Firman yang menjaga kebajikan orang-orang di sekelilingnya, menjaga kehormatan dirinya dan seorang yang berpegang pada prinsip agama,”

Jelasnya, watak Firman yang prihatin terhadap persekitarannya menyebabkan dirinya terdorong untuk mengambil berat orang-orang di sekelilingnya.

Menerusi ini, kita dapat merasai nilai positif yang dibawa dalam karya ini dan semestinya mampu memberikan perubahan positif kepada penontonnya.

MK K-Clique

Teringin nak bawa watak psiko

Semasa di studio, Siakap Keli bertanya soalan yang agak sensasi kepada MK iaitu, adakah beliau akan berlakon jika diberikan peluang untuk menjadi sebahagian dalam mana-mana drama keluaran Viu Original.

Tanpa sebarang rasa ragu-ragu, MK akan mengatakan ya setiap kali dirinya ditawarkan peluang untuk berlakon dalam drama Viu Original pada masa yang akan datang.

“Jika diberikan peluang, MK ingin bawa watak yang jahat dan psiko,”

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, mungkin selepas ini impian MK tercapai dan kita berpulang untuk melihat MK membawa watak tersebut?

Pada akhir sesi temu bual, MK meminta peminatnya untuk mengajak orang ramai seperti, ahli keluarga dan rakan-rakan untuk menyaksikan sisi ‘Abang Pedasnya’ dalam drama bersiri I Love You Stupid, setiap Rabu hingga Sabtu menerusi laman web Viu ataupun aplikasi mudah alih untuk menontonnya pada bila-bila masa di mana jua anda berada. 

Siakap Keli pun sempat minta MK ‘belanja’ freestyle untuk mempromosikan drama ini.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siakap Keli (@siakapkeli)

Kalau anda nak berjumpa dan beramah mesra bersama MK dan pelakon I Love You Stupid yang lain seperti Ezzanie Jasny dan Malia Baby, jangan lupa datang ke Viu Lokal Lah! Live Showcase pada 31 Ogos ini, di Gate Plaza LaLaport BBCC bermula pada jam 4 petang hingga 10 malam.

poster

 

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.