Hanya Perlukan 3 Barang, Ini Cara Mudah Nak Matikan Rumput Tanpa Guna Racun
Bagi anda yang duduk di taman-taman perumahan pasti sering mengalami masalah rumput mula panjang dan tebal lalu menyebabkan rumah nampak tidak kemas.
Jika mahu gunakan racun, risau boleh mendatangkan bahaya kepada tuan rumah mahupun jiran yang berdekatan.
Kalau mahu upah panggil pemotong rumput macam tidak berbaloi pula kan. Al maklumlah selalunya rumah yang berada di taman perumahan ini hanya mempunyai kawasan berumput yang tidak terlalu besar.
Jika panggil orang untuk memotong rumput mungkin cas yang dikenakan terlalu tinggi.
Jangan risau, perkongsian SK pada hari ini akan berkongsikan berkenaan cara mudah untuk matikan rumput di halaman rumah anda tanpa guna racun.
Tips tersebut telah dikongsikan oleh pengguna Facebook yang bernama Berkebun Di Rumah baru-baru ini.
Menurut perkongsian tersebut, bagi menghasilkan semburan pengganti racun tersebut hanya memerlukan dua bahan yang mudah didapati.
Hanya perlu dua bahan utama untuk proses penyediaan cecair
Dua bahan tersebut adalah cuka masakan dan sabun pencuci pinggan. Selain itu, anda juga perlu sediakan alat penyembur bagi memudahkan proses untuk semburan pada rumput tersebut.

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan memasukkan satu botol cuka masakan ke dalam alat penyembur.
Kemudian masukkan tiga hingga empat sudu besar sabun cecair pencuci pinggan ke dalam alat penyembur tadi.
Pastikan kesemua bahan dicampur sebati untuk mendapatkan hasil yang terbaik dalam mematikan rumput.
BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma
Lepas siap campuran semburan tadi, kini anda boleh semburkan cecair tersebut pada kawasan rumput liar yang tumbuh di kawasan halaman rumah anda.
Proses semburan hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan selepas seminggu anda akan dapati rumput di halaman rumah mula bertukar warna keperangan.

Akar rumput akan menjadi kering dan memudahkan proses mencabut rumput yang mati tadi.
Bagaimana dengan perkongsian tips pada hari ini?
Semoga perkongsian pada hari ini dapat memberikan ilmu yang bermanfaat kepada semua pembaca untuk mengatasi masalah rumput liar yang tumbuh di halaman rumah.
Sumber: Facebook/Berkebun Di Rumah