Siakap Keli
duta uzbekistan ke KPKM

Kunjungan Hormat Duta Besar Republik Uzbekistan Ke Atas Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan

PUTRAJAYA, 16 OGOS 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB  Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, telah menerima kunjungan hormat daripada Duta  Besar Republik Uzbekistan, TYT Ravshan Usmanov beserta delegasinya di Wisma Tani pada 15 Ogos 2023. 

Pertemuan ini bagi membincangkan usaha kedua-dua negara untuk memperkukuhkan  kerjasama dua hala dalam bidang pertanian terutamanya bagi menjamin sumber  bekalan makanan yang stabil dan berkualiti. Agenda perbincangan juga menjurus  kepada prospek akses pasaran baharu produk pertanian seperti produk tambah nilai  daripada daging ayam dan daging lembu termasuk produk sarang burung. 

duta uzbekistan ke KPKM

Selain itu, perbincangan juga berkisar mengenai cadangan Uzbekistan Center of  Knowledge and Innovation in Agriculture untuk menandatangani memorandum  persefahaman (MoU) kerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian  Malaysia (MARDI) bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutamanya  berkaitan beras, hortikultur dan baja. 

Semasa pertemuan ini juga, Duta Besar Republik Uzbekistan menyampaikan jemputan  daripada Menteri Pertanian Uzbekistan kepada YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan  Makanan untuk menghadiri International Conference on Food Security (ICFS) yang  dijadualkan pada September depan di Samarkand, Uzbekistan. ICFS ini adalah julung-julung kali diadakan dan dianjurkan Kerajaan Uzbekistan dengan kerjasama Food and  Agriculture Organisation (FAO). 

Pertemuan antara kedua-dua pemimpin ini turut dihadiri oleh Pegawai Kanan  Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta jabatan dan agensi di  bawahnya. 

duta uzbekistan ke KPKM

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.