Siakap Keli
merajuk tak dapat phone baru
Kredit Detik

Remaja Ditemui Lemah, 3 Hari Lari Masuk Hutan Gara-Gara Merajuk Tak Dapat “Phone” Baru

Remaja Ditemui Lemah, 3 Hari Lari Masuk Hutan Gara-Gara Merajuk Tak Dapat “Phone” Baru

Seorang remaja lelaki dari Bantul dilaporkan melarikan diri selama tiga hari di hutan Muntuk, Indonesia selepas merajuk kerana tidak dibelikan telefon baru, lapor Detik.

Setelah tiga hari dilaporkan hilang, pasukan SAR gabungan akhirnya berjaya menemui remaja tersebut dalam keadaan lemah di hutan Muntuk pada Rabu lalu.

Selepas tiga hari bertahan di dalam hutan, remaja itu dijumpai dalam keadaan sangat lemah dan lapar.

Ketua Perhubungan Awam Polis Bantul, Iptu I Nengah Jeffry berkata, remaja itu kini sudah boleh berkomunikasi selepas berjaya diberikan ubat.

“Dia sudah sedar dan boleh diajak berinteraksi, kerana sebelum ini dia tidak mampu bercakap,” kata Jeffry Jumaat lalu.

Menurut kakitangan perubatan, remaja itu mengalami dehidrasi kerana tidak makan dan minum selama tiga hari.

Pegawai perubatan itu turut mencadangkan agar dia menjalani pemeriksaan di sebuah hospital di Sleman untuk pemeriksaan lanjut berkenaan keadaannya itu.

Hilang kerana merajuk tidak dibelikan telefon baru

Tambah Jeffry, motif remaja itu melarikan diri dan kemudian menghilangkan diri di dalam hutan selama tiga hari adalah disebabkan telefon bimbit.

Berdasarkan maklumat terkini, remaja itu dikatakan marah kepada ibunya kerana tidak membelikannya telefon yang baru.

“Maklumat penduduk, dia marah ibunya kerana telefon bimbit baharu,” katanya Jeffry.

Sebelum ini, remaja itu dikatakan telah meninggalkan rumah sejak Isnin, 7 Ogos lalu. Ketika itu dia berkata bahawa dia mahu pergi ke sungai berhampiran tempat tinggalnya.

Hal itu diketahui oleh jirannya dan kemudian bertindak memberitahu ibu remaja tersebut.

Ibunya, seterusnya mengejar anaknya itu namun kehilangan jejak dan akhirnya selama tiga hari anak itu tidak pulang ke rumah.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Proses mencari akhirnya diadakan dan melibatkan 100 anggota pasukan SAR bersama. Remaja itu kemudiannya ditemukan pada Rabu, 9 Ogos yang lalu.

“Sekitar pukul 15.30 WIB pasukan SAR gabungan berhasil menemukan remaja yang hilang itu di hutan dekat Dusun Banjarharjo I, Muntuk,” kata Jeffry lagi.

Ketika ditemui, remaja itu berada dalam keadaan yang lemah dan dia bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pejabat Basarnar Jogja, Kamal Riswandi sambil berkata bahawa remaja itu disyaki sesak nafas akibat kelaparan.

“Mangsa yang terselamat lemah dan lapar kerana dia telah tiga hari tidak makan atau minum,” kata Kamal.

Sumber: Detik

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.