Siakap Keli
banjir kilat shah alam
Gambar: Fb Tular

Tular Banjir Kilat Dipercayai Landa Seksyen 13 Shah Alam

Tular Banjir Kilat Dipercayai Landa Seksyen 13 Shah Alam

Susulan hujan lebat yang melanda sekitar jam 4 petang tadi, beberapa kawasan di Shah Alam dipercayai dilanda banjir kilat.

Menerusi beberapa rakaman yang tular di media sosial mendedahkan  jalan raya telah dinaiki air. Turut kelihatan beberapa kenderaan ditenggelami air.

Difahamkan, kawasan yang dilaporkan terjejas dengan banjir kilat itu berlaku di Seksyen 13 Shah Alam.

Berikut beberapa rakaman yang dikongsikan oleh warganet di laman Facebook dan Twitter;

https://www.facebook.com/habib86/posts/pfbid037CcUXzPQF57mkZRQVpSZZnuqMvbmTgNtawWotEbEjAzHerhDeFDBvqorTmiHdqiHl

https://www.facebook.com/bay.zayn/posts/pfbid02z9Wb7ZWYjTk7RVzMZEPr8oVS82UBZX3vjQ4wKu2uUjE5y1kuk4s5LCMJUqrnDgpDl

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati untuk berada di kawasan selamat dan tidak pergi ke lokasi yang berisiko.

BACA JUGA: Banjir Kilat Landa Kuantan Susulan Hujan Lebat Berterusan

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) juga telah mengeluarkan amaran ribut petir terhadap 14 negeri petang tadi.

Menurut METMalaysia, amaran itu dikeluarkan terhadap seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Manakala beberapa kawasan tertentu di negeri lain seperti Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Perak, beberapa kawasan yang diramal terlibat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim. Bagi negeri Kelantan pula hanya daerah Gua Musang.

“Daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu juga dijangka mengalami hujan lebat pada petang ini,” maklum METMalaysia.

Sementara itu, negeri Pahang juga tidak terkecuali dengan membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Di Negeri Sembilan, kawasan yang terlibat termasuklah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin dan di Johor adalah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

“Bagi sebelah Sarawak pula melibatkan kawasan Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu.

“Manakala Sabah termasuk Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Telupid dan Beluran),” kata METMalaysia lagi.

Amaran hujan lebat dan ribut petir ini dijangka berterusan sehingga jam 7 malam hari ini.

Sumber: Facebook, METMalaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.