Ketahui Apa Maksud “Red Flags” Dan Bagaimana Ia Boleh Pengaruhi “Relationship”
Sesebuah hubungan yang sihat sangat penting dalam kehidupan semua manusia. Ini kerana ia boleh mempengaruhi kesihatan mental dan aktiviti harian kita.
Perasaan disayangi dan mempunyai hubungan yang baik mampu menyumbang kepada kesihatan mental yang baik kepada kita.
Tetapi tidak semua perhubungan akan berakhir dengan sesuatu yang baik dan sesetengah hubungan juga boleh mendatangkan bahaya kepada diri seseorang.
Ada yang menderita dengan hubungan yang mempunyai red flags ini kepada diri dan persekitaran mereka.
Justeru, pada hari ini SK akan berkongsikan apa maksud red flags dalam perhubungan yang patut dielak.
Apakah red flags dalam perhubungan?
Sebelum kita ketahui lebih mendalam berkenaan apa yang dikatakan sebagai red flags dalam perhubungan mari kita ketahui dulu maksud perkataan red flags itu sendiri.
Menurut Collins Dictionary, red flags adalah sesuatu perkara yang menandakan bahaya atau tanda untuk anda berhenti.
Maksud perkara itu sama juga seperti dalam perhubungan, di mana ia adalah tanda amaran bahawa mungkin terdapat tingkah laku yang tidak sihat antara anda dan pasangan.
Terutamanya dalam perhubungan yang baharu. Nafsu dan cinta boleh mengaburkan pertimbangan anda dan menjadikannya sukar untuk menerima red flags ini.

Red flags yang sering dikenali adalah berkaitan dengan tindakan penderaan dan agresif.
Walau bagaimanapun, beberapa tanda red flags dalam perhubungan ramai yang sering terlepas pandang. Sebagai contoh adalah tingkah laku toksik seperti memanipulasi, bercakap besar, narsisistik sering dipandang enteng.
8 tanda red flags dalam perhubungan
Kerap berbohong
Pasangan anda mempunyai sifat tidak jujur adalah petanda yang tidak baik dalam perhubungan.
Seorang pakar terapi perkahwinan mendedahkan bahawa jika pasangan kerap atau sering menipu, ia adalah salah satu red flags dalam perhubungan.
“Jika anda perasan bahawa pasangan anda secara konsisten menipu atau tertangkap dalam pembohongan, itu adalah red flags,” kata Samara Quintero, ahli terapi perkahwinan dan keluarga berlesen.
Dibohongi berulang kali boleh menyukarkan untuk membina asas yang kukuh dalam hubungan yang sudah terbina. Seterusnya penipuan itu akan membawa kepada masa depan yang goyah.
Sering merendahkan
Jika pasangan anda sering mengkritik atau merendahkan anda, walaupun dengan cara yang halus atau pasif-agresif, ia juga boleh menjejaskan harga diri anda.
“Ini adalah satu bentuk penderaan emosi yang boleh membawa kepada perasaan kebimbangan dan rasa tidak selamat dalam perhubungan,” kata Quintero.

Antara contoh yang sering diberikan adalah:
“Awak bernasib baik sebab saya masih bersama awak, kerana awak takkan boleh berbuat apa tanpa saya.”
“Anda kedengaran sangat tidak masuk akal apabila cuba melawak.”
Satu kajian pada 2013 mencadangkan bahawa penderaan emosi boleh sama berbahaya dengan penderaan fizikal.
Kedua-dua penderaan itu menyumbang kepada kemurungan dan harga diri yang rendah.
Tidak mahu bertolak ansur
Jika pasangan anda tidak bersedia untuk berkompromi walaupun dalam hal yang kecil, anda harus lebih berhati-hati.
Dalam hubungan yang sihat, adalah penting untuk anda mempertimbangkan keperluan dan keinginan masing-masing kerana tindakan kompromi itu bukan sesuatu yang harus dibuat oleh sebelah pihak sahaja.

Cenderung untuk lari daripada perbincangan yang sukar
Pasangan yang tidak mempunyai kemahiran emosi atau tingkah laku yang diperlukan untuk menangani masalah dan melarikan diri boleh membahayakan hubungan.
Beberapa contoh adalah pasangan cuba menjauhi pertengkaran tanpa mendengar atau mengabaikan anda selama beberapa hari boleh menyebabkan keadaan menjadi sukar.
Mereka yang menghadapi masalah bertolak ansur dengan emosi yang sukar cenderung untuk melarikan diri apabila keadaan menjadi semakin sukar.
Mengawal tingkah laku dan cemburu yang berlebihan
Jika pasangan anda sangat cemburu, ini mungkin membawa kepada mengawal tingkah laku anda.
Sebagai contoh, mereka mungkin berasa cemburu apabila anda mempunyai kehidupan sosial selain dengan hubungan peribadi anda bersama.

Pasangan yang cemburu juga mungkin membuatkan anda rimas dengan panggilan atau teks yang berlebihan dan cuba mengawal apa yang anda lakukan.
Meta-analisis 2010 mendapati bahawa apabila cemburu dalam perhubungan meningkat, kualiti perhubungan akan menurun. Ia menunjukkan bahawa cemburu boleh membahayakan hubungan percintaan anda.
Selain itu, kajian pada 2014 mencadangkan bahawa orang dalam perhubungan yang pasangannya bertindak terlalu posesif pada peringkat awal lebih cenderung mempunyai gaya komunikasi yang tidak sihat.
Kurang berkomunikasi
Pasangan yang bertukar menjadi agresif, menyalahkan atau meluahkan emosi dengan cara yang agresif menunjukkan komunikasi yang tidak berkesan, kata Quintero.
Komunikasi adalah asas kepada perhubungan, jadi jika anda tidak dapat berkomunikasi secara terbuka dan sihat, anda akan menghadapi masalah.

Kajian pada 2017 mencadangkan bahawa komunikasi awal dalam perhubungan mungkin memainkan peranan dalam kepuasan perhubungan di masa depan.
Komunikasi pada permulaan perhubungan mungkin menghasilkan perkongsian yang lebih mesra di kemudian hari.
Tidak mempunyai kawan
Pasangan yang tidak mempunyai kawan boleh menjadi red flags kerana banyak sebab.
Mereka mungkin tidak dapat atau tidak mahu mewujudkan persahabatan dengan orang lain. Ini mungkin bermakna mereka tidak mempunyai kemahiran sosial dan mempunyai personaliti yang sukar.
Isu lain bagi mereka yang tidak mempunyai kawan ialah mereka mungkin akan memerlukan perhatian yang lebih daripada anda.
Mereka mungkin tidak memahami keinginan anda atau perlu meluangkan masa dengan rakan anda yang boleh bertukar menjadi kebencian.
BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma
Tidak menunjukkan sokongan kepada pasangan atau perhubungan
Menurut analisis 2014 mengenai sembilan kajian mengenai topik hubungan pasangan, komitmen dan sokongan dalam hubungan diperlukan untuk mengekalkan kestabilan.
Ternyata “ingin” hubungan itu kekal tidak mencukupi. Sebaliknya, orang perlu terlibat secara aktif dalam tingkah laku yang menunjukkan sokongan untuk pasangan mereka.
Jika pasangan anda tidak menunjukkan sokongan secara aktif untuk anda dan perhubungan, ini boleh menjadi red flags dalam hubungan tersebut.
Sumber: Collins Dictionary, BetterUp, Insider